Tuesday, December 16, 2014

STRESS.. PUNCA DAN RAWATAN

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran. Apabila kita menghadapi sesuatu masalah.. otak kita respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan diturunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline dikeluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga. Jantung yang cepat membolehkan lebih banyak darah mengalir untuk membawa oksigen ke otot dan otak untuk membolehkan kita menghasilkan tenaga itu. Responya biasanya ialah dengan cara melawan seperti menjerit, memukul, merosakkan barang-barang atau lain- iaitu menangis, termenung atau masuk ke alam sendiri (merajuk). Kita namakan ini respon " SURVIVAL" , iaitu melawan atau lari dan kita namakan respon binatang memmalia atau reptilia.Sekiranya kita beriman dan berakal, kita akan menghadapi masalah ini dengan cara positif: ***** Menarik nafas panjang ***** Mengucap ***** Menyempurnakan solat dan bertenang ***** Menyempurnakan exercise "relaxation and visualisation" TANDA-TANDA STRESS Orang yang menerima amarah ini juga akan respon dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk di sebabkan juga oleh adrenalin yang berlebihan. Jika orang itu berakal dia akan respon dengan cara positif dan dengan itu tidak mengalami stress. Bagi anak kecil, mereka belum lagi berakal. Sekiranya anak itu sering mengalami keadaan seperti ini ia akan menyebabkan anak itu tidak rapat dengan ibubapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri. Jika tanda-tanda itu wujud sebelum umur 3 tahun ini bermakna itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu di beri nama AUTISMA. Jika tanda itu wujud selepas 3 tahun kita biasa kenali orang itu sebagai orang gila atau ; "SCHIZOPHRENIA". Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan dengan itu membentuk perangainya, keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa. Ibu yang dalam keadaan stress waktu mengandung akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stress, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan, atau anak mengidap sawan tarik atau dilahirkan anak kurang upaya. Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stress, orang yang amarah itu juga akan mengalami stress. ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH:- @ Otot-otot muka bergerak @ Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) @ Menggigit kuku atau bibir @ Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan @ Menggoyangkan kaki @ Jantung berdebar @ Pernafasan cepat @ Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan @ Muka merah atau pucat @ Tangan sejuk dan berpeluh (basah) @ Rasa loya atau tidak lalu makan @ Mulut kering @ Rasa takut sesuatu akan terjadi @ Kerongkong rasa tersekat @ Sentiasa menelan air liur @ Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur @ Tidak boleh memberi tumpuan @ Selalu pening kepala atau sakit @ Lemah lutut @ " Fidgetiness" iaitu mengusik orang, merosakkan barang atau mendera binatang @ Senang panik @ Senang lupa @ Cerit beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan @ Kencing malam @ Mengigau @ HISTERIA- atau menjerit-jerit tanpa sebab @ Merajuk. Keadaan stress, sekiranya tidak dikawal dikalangan orang dewasa akan menyebabkan tekanan darah tinggi melebihi (120/80) secara berterusa, yang akhirnya boleh menyebabkan jantung lemah, paru-paru lemah dan otak lemah, dan juga sistem ketahanan dalaman atau sistem imuniti lemah dan sistem lain juga lemah termasuk pengaliran darah. Jadi inilah penyebab penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung,sakit sendi, gastrik, ulser,penyakit-penyakit kronik dan malahan kanser. MAKANAN DAN STRESS Makanan dan minuman udan dan air boleh juga menyebabkan stress. Kekurangan oksigen atau bertambahnya karbon dioxida dan carbon monoxida atau ketiga-tiganya atau bertambahnya bahan-bahan racun yang akan menyumbatkan saluran darah dan usus. Diantara makanan yang diberi nama "JUNK FOOD" atau makanan dera diri ialah makanan atau minuman yang terlalu banyak gula pasir, kafin dalam kopi,tannin (dalam teh) xantin (dalam coklat) dan makanan dan minuman yang terlalu banyak perasa, pengawit, pewarna dan monosidium glutamate atau MSG. Minuman dalam tin dan kotak termasuk susu lembu juga dalam katogeri makanan dera diri atau "JUNK FOOD" Semua makanan ini menyebabkan stress dan dengan itu kesan-kesan stress seperti penyakit alahan dan kelemahan sistem imuniti yang menyebabkan kita rasa letih dan tidak bermaya, yang menyebabkan pula kita sering marah dan lain-lain yang menambahkan lagi "STRESS". ROKOK merupakan satu lagi faktor penting yang bukan sahaja merbahaya kepad penghisapnya tetapi juga kepada orang atau anak-anak yang menyedut asapnya. Asap ini mengandungi karbon monoxida yang merosakkan oksigen dan jika disedut oleh ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan janin dan jika disedut oleh anak kecil pula, akan mengurangkan potensinya untuk menjadi cemerlang dan mungkin akan mendapat penyakit-penyakit kronik di usia awal. 'FREE RADICAL' "Free Radical" atau habuk-habuk api merupakan faktor baru yang dikesan yang boleh menyebabkan sel terbakar dan jika berterusan boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti Kanser, Arthritis dan penyaki-penyakit lain. Makanan dan minuman sekarang secara amnya telah diproses dan tidak ada lagi enzim, vitamin dan galian yang boleh menghadamkan sepenuhnya makanan dan minuman itu. Ini akan menambahkan "STRESS", bertambah juga racun darah dan menambah lagi "YIS" atau "RAGI" yang dikenali sebagai "CANDIDA", yang akan menjadi punca penyakit-penyakit Alahan, Asthma, Arthritis, sering marah dan lain-lain. Amalan berpuasa akan membantu mengatasi masalah ini dan diperkuatkan dengan amalan MENU pusigan, cara makan yang betul, cara minuman yang tepat dan menambahkan kekuatan itu dengan makan vitamin dan galian tambahan yang sesuai. SALURAN DARAH TERSUMBAT! Hasil dari emosi yang negatif dan cara pemakanan dera diri yang menyebabkan STRESS, badan kita banyak mengeluarkan kolesterol berat dan protein atau LDL (LOW DENSITY LIPO PROTIEN) yang akan menyumbat saluran-saluran darah. Yang penting sekali ialah saluran darah ke otak dan jantung. Tiga puluh peratus dari jumlah oksigen yang dihidu mesti sampai ke otak pada setiap ketika. Jantung juga memerlukan darah yang cukup untguk berfungsi dengan baik supaya darah yang membawa oksigen dan makanan ke otak cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Demikian juga dengan sisa-sisa hasil dari metabolisma dari otak dan tubuh mesti di proses dan di bawa keluar melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan.

TUMBUHAN DAN PENGUBATAN TRADISIONAL

Manusia sejak zaman berzaman lagi telah menyedari bahawa tumbuhan amat berguna kepada mereka untuk menjadikan penyembuh penyakit selain dari untuk dijadikan sumber makanan harian. Hubungan manusia dengan sumber tumbuhan ubatan tradisional sama ada dari punca laut seperti alga serta terestrial amat rapat sepanjang peradaban manusia. Hasil daripada penggunaan ubatan secara tradisional oleh masyarakat dahulu kala, para saintis mengkaji tumbuhan tertentu. Beberapa penemuan menarik telah dikesan oleh saintis termasuklah kuinina yang dikenali ramai dari pokok CHINCHONA sp, yang digunakan sebagai ubat antimalaria: reserpina dari RAUWOLFIA serpentana yang berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi; berbagai-bagai sebatian alkaloid dari DATURA sp ((pokok kecubung) yang digunakan dalam rawatan berbagai -bagai gejala; penisilin dari bakteria PENISILLIUM sp; asid kinik dari alga merah DIGENIA simplex yang diguna sebagai ubat penghapus cacing dan banyak penemuan lain boleh digunakan dalam rawatan luka kecil ke barah dan leukimia... Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan yang mempunyai nilai ubatan. Dari 7000 spesis angiosperma, sekitar l082 spesis (15%) dilapurkan bernilai ubatan dan dari 600 spesis paku pakis sekitar 76 spesis (13%) dilapurkan bernilai ubatan. Adalah tidak menghairankan sekiranya kita teliti fakta bahawa lebih 70% penduduk dunia terutamanya dunia ketiga masih bergantung secara keseluruhan atau sebahagian kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan mereka. Tumbuhan berubat ini boleh mereka temui sekitar kawasan kediaman mereka atau hutan-hutan yang berhampiran. PENGUBATAN TRADISIONAL: Sejak dari dahulu lagi, masyarakat dunia khasnya di Malaysia sebelum adanya doktor perubatan yang biasanya merawat penyakit ialah bomoh atau dukun. Bomoh boleh di anggap sebagai seorang yang diiktiraf oleh sesuatu komuniti di mana ia tinggal dan ia berperanan dalam memberikan bantuan perubatan dengan menggunakan tumbuhan, haiwan, mineral dan lain-lain. Dalam masyarakat kita bomoh, dukun dan pawang amat terkenal dan di kunjungi oleh masyarakat sekitar untuk memperolehi ubatan BOMOH atau DUKUN ini menggunakan berbagai cara untuk menyembuhkan penyakit. Ramuan utama yang digunakan oleh mereka ialah tumbuhan ubatan. Kaedah yang diamalkan dalam rawatan adalah berasaskan latar belakang sosial, kebudayaan, keagamaan, tingkahlaku dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Tumbuhan berubat pula merupakan sebarang tumbuhan di mana satu atau lebih daripada bahagian tumbuhan tersebut mengandungi sebatian aktif yang boleh digunakan bagi tujuan terapeutik atau merupakan bahan pemula bagi saintesis dadah yang berguna. Tumbuhan berubat telah digunakan secara meluas di kalangan masyarakat tempatan terutamanya penduduk kawasan pendalaman. Antara penyakit dan gejala yang sering di rawat dengan menggunakan tumbuhan termasuklah batuk, demam, cirit-birit, pening, malaria, darah tinggi, kencing manis, patah tulang, gastrik, kudis, kurap dan sebagainya. SEJARAH PENGGUNAAN TUMBUHAN DALAM UBATAN TRADISIONAL: Sejarah Islam membuktikan hasil daripada pengkajian dari al-Quran ramai ahli sains telah menemui banyak kepentingan tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan. Contohnya Al-Riyasi Ibnu Jarit, seorang Mesir dan tabib kepada Salahuddin al-Ayubi telah menulis buku pengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Baitar dari Malaga pula menulis dua buku terkemuka berkaitan dengan tumbuhan ubatan bertajuk al-Mughinifi al-Adawiyah al Mufradah (Herba-herba Perubatan) dan al-Jami'fi al Adwiyah al-Mufradah (Pengutipan Herba-herba Perubatan dan sifat-sifatnya)... Menurut sejarah perubatan, rekod terawal penggunaan perubatan herba adalah minyak dari tumbuhan Hydnocarpus Gaertn yang sangat berkesan dalam rawatan penyakit kusta. Kegunaan minyak dari tumbuhan tersebut telah direkodkan semasa Emperor Shen Nung di China dalam tahun 2730 dan 3000 S,M. Biji pokok popi (PAPAVER SOMNIFERUM) dan biji pokok jarak (RICINUS COMMUNIS) telah digunakan dalam zaman Mesir Purba...Kajian dan lapuran sistematik terhadap penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan telah pertama sekali dilakukan oleh HIPPOCRATES yang dikenali sebagai bapa perubatan sekitar tahun 400 S.M. MATERIA MEDICA beliau telah menyenaraikan resipi untuk merawat sebanyak 400 jenis penyakit dengan menggunakan tumbuhan. THEOPHRATUS (sekitar 300 S,M) telah mengumpulkan maklumat sistematik bagi berbagai-bagai jenis tumbuhan manakala DIOSCORIDES (T.M. 160) dan GALEN (T,M 200) telah menerbitkan banyak makalah mengenai penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan. Penggunaan tumbuhan sebagai punca ubatan terus berkembang maju diserata dunia dan sehingga sekarang manusia masih bergantung kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan. Penggunaan ubatan tradisional di Asia terutamanya India, China, Korea, Filipina, Indonesia dan Thailand amat pesat sekali. Contoh ekstrak ginseng dari Korea dan Jamu dari Indonesia telah dipasarkan dan digunakan secara meluas. Kajian mengenai tumbuhan berubat di Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Rekod terawal penggunaan tumbuhan berubat di Malaysia telah di tulis oleh Munshi Ismail di Pulau Pinang pada tahun 1886 dan beberapa lapuran lain yang berkaitan telah diterbitkan. Kegunaan beberapa tumbuhan tempatan dalam rawatan berbagai penyakit telah disenaraikan dalam penerbitan tersebut. KAEDAH PENGGUNAAN: Kaedah penggunaan ubatan tradisional secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu sama ubat untuk kegunaan luaran ataupun dalaman. Dalam kaedah luaran biasanya tumbuhan ditumbuk bersama minyak dan ditampalkan atau dituam. Kaedah menuam ini merupakan satu kaedah FARMASEUTIKAL tertua dan biasanya memerlukan pemanasan. Bahagian tumbuhan yang telah lumat atau dalam betuk serbuk dicampurkan dengan sedikit bahan pelekat dan dilembabkan dengan wap air, diletakkan pada kain dan digunakan pada kulit semasa masih panas. Bila tuaman telah sejuk, ia digantikan dengan yang baru. Kaedah ini sesuai untuk tulang yang patah, kurap, pening, sakit perut, kudis dan lain-lain. Bagi rawatan dalaman seperti demam, gastrik, cirit-birit, darah tinggi, kencing manis dan lain-lainnya, biasa air rebusan diminum. Bahagian tumbuhan tertentu dididihkan pada selang masa tertentu ataupun persediaan seperti teh iaitu serbuk tumbuhan dicampurkan dengan air mendidih dan diminum. Biasanya larutan sekitar 5% disediakan untuk diminum... Disamping mengambil tumbuhan yang telah direbus sebagai ubatan, memakan tumbuhan tertentu sebagai ulam juga dapat berfungsi dalam mengatasi berbagai-bagai gejala. Contohnya pegaga (CANTELLA ASIATICA) dan pucuk gajus (ANACARDIUM OCCIDENTALE) digunakan untuk membersihkan darah dan menyembuhkan sakit kulit; cekur (KAEMFEREA GALANGA) untuk membuang agindan sakit perut; daun sup atau saderi ( APIUM GRAVEOLENS) untuk menurunkan tekanan darah, manakala petai (PARKIA SPECIOSA) dan jering (PITHECALLOBIUM JIRING) pula boleh digunakan dalam rawatan kencing manis. Disamping itu, ulam-ulaman yang dimakan boleh membekalkan badan dengan garam galian dan vitamin. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERUBATAN TRADISIONAL: Terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan rawatan kaedah tradisional., Pengalaman perubatan tradisional dipelopori oleh orang-orang yang disegani dikalangan masyarakat berkenaan dan perhatian yang diberikan adalah lebih meluas. Bagi negara-negara membangun kos mengimpot dadah sintetik adalah tinggi berbanding dengan perubatan tradisional yang mempunyai fungsi yang sama dan jauh lebih murah... Dikawasan yang mempunyai perkhidmatan doktor masih ramai penduduknya memilih untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional, peraturan hospital dan juga masalah komunikasi diantara pesakit dan doktor. Bagi negara-negara membangun sebab utama yang membawa kepada penggunaan ubatan tradisional adalah akibat kekurangan pusat rawatan dan tenaga terlatih...Ubatan tradisional adalah terhasil daripada semula jadi dan ianya akan lebih mudah untuk diterima oleh sistem tubuh kita berbanding dengan dadah sintetik. Kepekatan bahan aktif dalam tumbuhan adalah rendah dan menjadi cair apabila persediaan ubatan dibuat dan kepekatan yang rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa sebarang kesan ketoksidan kecuali bagi beberapa jenis tumbuhan yang bertoksid...Disamping beberapa kebaikan tersebut kita juga perlu ingat bahawa perubatan tradisional adalah berpotensi untuk dadah baru, satu punca yang murah bagi pemula dadah sintetik atau punca murah bagi dadah tertentu seperti VIBLASTIN dari CATHARANTHUS ROSEUS ataupun RESERPINA dari RAUWOLFIA sp... Terdapat beberapa keburukan dalam perubatan tradisional yang patut diberi perhatian kerana terdapat banyak kematian akibat penyalahgunaan atau penggunaan yang silap terhadap tumbuhan akibat kurangnya pengetahuan tentang kandungan bahan aktif dalam tumbuhan berkenaan.. Kesangsian utama dalam penggunaan ubatan tradisional adalah disebabkan tidak ada bukti saintifik. Kebanyakan dakwaan yang dibuat terhadap khasiat tumbuhan tertentu adalah dari pengamal perubatan tradisional dan belum dikaji secara mendalam dan sistematik. Begitu juga rawatan yang disyorkan adalah tidak jelas. Sebagai contoh seorang pesakit mengadu sakit perut, maka ia akan diberikan ubat sakit perut tanpa mengambil kira gangguan dalam perut mungkin disebabkan oleh gejala lain seperti ulser atau barah. Dalam hal ini yang dirawat adalah simpton penyakit dan bukannya penyakit itu sendiri dan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai kerumitan lain. TUMBUHAN BERUBAT: Tumbuhan tradisional untuk berbagai kegunaan perubatan tradisional akan diterangkan dan tumbuhan ini mudah ditemui dan senang digunakan. ALOE VERA.....famili:- Liliaceae...Nama tempatan : LIDAH BUAYA...( Digunakan secara meluas hampir semua rawatan. Jus daunnya boleh diminum bagi merawat sakit perut dan juga sebagai julap yang amat berkesan. Meminum jus lidah buaya juga amat sesuai dan berkesan bagi menghapuskan cacing pita,batuk, demam kuning, pedih pada hati dan juga sebagai tonik. Daun tumbuhan ini yang bersifat penyejuk sangat sesuai digunakan bagi merawat kulit yang melecur terkena api atau benda panas, luka-luka,sakit kulit seperti kusta dan lain-lain. Disamping itu daun lidah buaya boleh digunakan bagi mengurangkan keguguran rambut dan menghapuskan kelimumur.. ANNONA SQUAMOSA:...... Famili:- Annonaceae...Nama tempatan : NONA/SRIKAYA....... Daun pokok nona ini boleh direbus dan diminum bagi mengatasi masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selsema. Daunnya boleh di tumbuk dan digunakan bagi mencuci rambut untuk mengatasi masalah kulit terutamanya bisul. Kulit buah nona boleh direbus dan diminum bagi menyembuhkan demam dan cirit birit, manakala air rebusan akarnya boleh digunakan sebagai julap dan juga mengatasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang.... Biji buahnya boleh ditumbuk dan disapu bagi mengatasi masalah sakit sendi dan juga membunuh kutu pada rambut.Bijinya mempunyai kesan toksid dan tidak boleh dimakan. MUSA PARADISIACA:..... Famili:- Musaceae... Nama tempatan : PISANG.......Daun pisang biasanya digunakan bagi membungkus segala ramuan ubatan bagi merawat buasir demam malaria dan sakit gigi. Bagi merawat buasir daun/buah kecubung dibungkus dengan daun pisang, dilayur diatas api dan diletakkkan pada bahagian yang sakit. CYMBOPOGEN NARDUS:....Famili:- Gramineae...Nama tempatan: SERAI WANGI.....Akar serai wangi yang direbus dan diminum air rebusannya adalah baik sebagai pelawas kencing, mengurangkan sakit senggugut, sakit tekak dan menurunkan suhu badan. ANANAS COMASUS:....Famili:- Bromeliacee...Nama tempatan: NANAS.....Jus nanas muda boleh diminum bagi merawat cacing dalam perut, melegakan parut-paru dan juga sebagai pelawas kencing. Jus nanas boleh juga dicampur dengan sedikit garam lalu diminum bagi tujuan merancang keluarga. Buah yang masak boleh dimakan terus bagi memudahkan proses penghadaman dan merawat sakit perut. ARTOCARPUS HETEROPHYLIUS:...Famili:- Moraceae...Nama tempatan: NANGKA...Buah nangka masak boleh dimakan terus bagi menurunkan suhu badan, sebagai julap dan juga tonik. Biji nangka boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing, buang angin dan juga julap. Daun nangka boleh dibakar sehingga menjadi abu dan dicampurkan dengan minyak kelapa lalu disapu bagi merawat bisul dan sebagai ubat luka. Akar nangka boleh direbus dan diminum bagi merawat demam panas dan cirit-birit. AVERRHOA BILIMBI:.... Famili:- Oxalidaceae....Nama tempatan: BELIMBING BULUH..... Daun tumbuhan ini ditumbuk dan disapu bagi merawat sakit kulit, jerawat, gatal-gatal, bengkak dan sakit sendi. Daunnya boleh direbus dan diminum bagi merawat demam, buasir dan kencing manis. Bagi ibu-ibu lepas bersalin daun belimbing buluh ini boleh direbus bersama daun sisik puyu dan daun ribu-ribu, ditambah dengan sedikit santan lalu diminum sebagai ubat meroyan. CAPSISUM FRUTESCENS:....Famili:- Solanaceae...Nama tempatan: CILI PADI... Daun cili padi boleh ditumbuk dan ditampal bagi mengubati bisul dan sakit kulit.. Daunnya boleh dilayur pada api dan ditampal pada tempat yang sakit terutamanya bagi mengatasi masalah sengal-sengal otot. Buah cili padi yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat demam,busung,gout,kepialu,sakit kuning,sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak. COCOS NUCIFERA:.... Famili:- Palmea....Nama tempatan: KELAPA..... Air kelapa muda yang direbus bersama daun sena boleh diminum sebagai pelawas kencing. Bagi merawat sakit kelamin, air kelapa muda dicampurkan dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis, air kelapa muda direbus dengan akar pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan dini dan digunakan untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelimumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan. KESIMPULAN: Berdasarkan pelbagai kegunaan tumbuhan ubatan pada manusia maka ianya terus digunakan sehingga sekarang sebagai alternatif kepada perubatan moden. Yang pentingnya cara penggunaan harus dikemaskini dan diberitahu kepada pengguna agar hasil yang betul dan maksima didapati. Oleh itu pengunaan tumbuhan ubatan ini harus dikekalkan untuk generasi akan datang.