Thursday, June 12, 2014

ANDA DAN KESIHATAN (Pilihlah minuman dengan bijak)

Apabila berasa dahaga minuman apakah yang anda dapatkan?. Badan manusia senantiasa perlukan air dan kita hendaklah meminum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ramai diantara kita yang tidak gemarkan air tawar dan sebaliknya sukan air berperasa seperti manisan buah-buahan dan minuman 'cola'. Memang benar kedua-duanya memberikan air kepada tubuh badan kita. Sebaliknya kita jug perlu memikirkan manfaat lain yang boleh dinikmati sekaligus. Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu memilih dengan bijak di antara meminum 'cola' dan manisan buah-buahan. Apabila hendak melegakan rasa dahaga ada di antara kita yang mementingkan bahan yang boleh memberi kesan yang menghilangkan dahaga. Manakala ada pula mereka yang memilih menuman yang memberi khasiat yang baik untuk menyihatkan badan.Orang yang mementingkan kesihatan akan mendapat manfaat jika ia mengetahui nilai khasiat minuman-minuman yang terdapat dipasaran. Minuman 'cola' berasal dari Amerika Syarikat dan dihasilkan pertama kalinya pada tahun 1886 oleh seorang ahli farmasi, John Pemberton. Minuman ini mengandungi pati kacang kola. Sekarang minuman ini amat digemari dan dihasilkan diserata dunia. Kebanyakan minuman 'cola' ada asasnya tidak mengandungi nilai khasiat melainkan mengalakkan orang meminum lebih banyak air. Seeloknya kita janganlah mengambil terlalu banyak minuman jenis ini kerana ia tidak mengandungi banyak khasiat. Manisan buah-buahan pula di perolehi daripada buah-buahan dengan proses mekanikal. Setelah mengeluarkan sebahagian dari kandungan airnya, ia dijual sebagai manisan pekat. Berlalinan daripada minuman karbonate yang dimaniskan, manisan yang diperolehi daripada buah-buahan segar boleh membekalkan vitamin dan bahan galian. Vitamin C didapati dalam manisan buah-buahan sitrus manakala Vitamin A terdapat dalam manisan buah-buahan yang berwarna merah atau oren. Bahan galian potassium juga terdapat dalam manisan buah-buahan. Jadi, lain kali, jika anda kehausan, dapatkan minuman yang boleh menghilangkan rasa dahaga dan pada masa yang sama membantu menyihatkan tubuh anda. Pilihlah dari berbagai jenis minuman manisan buah-buahan dan kurangkanlah mengambil minuman 'cola'. Kerjasama WYETH INTERNATIONAL LTD. **********************8

Tuesday, June 3, 2014

FAHAMI DAHULU SEBELUM MENUDUH PERKARA YANG BOLEH DIYAKINI KEBERKESANANNYA

Kesihatan, tajuk pemakanan, pekerjaan dan kehamilan menjadi tajuk utama perbincangan mengenai kaum wanita.Pantang larang selepas bersalin,usia kehamilan dan ketegangan, topik utama dan ramai doktor berkata seelok-eloknya wanita beranak pertama sebelum usia 25 tahun.Bagaimanapun usia paling bagus ialah 18 tahun. Bagi wanita kurang 30 tahun jarak kehamilan paling elok dua tahun, manakala selepas usia 30 tahun keatas, wanita diminta jangan melambat-lambatkan hamil atau menjarakkan anak terlalu jauh kerana akan mendedahkan mereka kepada perbagai masalah terutama ketumbuhan dalam rahim. Doktor juga menjangkakan corak hidup dan pemakanan kini banyak mempengaruhi punca penyakit. Kehidupan moden melahirkan banyak penyakit yang dahulu tidak pernah didengar. Ia lazimnya mengambil waktu lama untuk tercetus dan apabila terjadi ia mendadak parah.Ketika dahulu cuma ada penyakit berkaitan kekurangan zat dan kebersihan.Ini kerana corak hidup sudah bertukar dari santai menjadi tegang, dari makanan segar ke makanan proses segera. Dari memasak di atas api bertukar gelombang mikro dari kesegaran alam ke pendingin udara.Bagaimanapun, seorang isteri tidak perlu gusar lagi mengenai penyakit sifilis, gonorea dan Aids,kerana penyakit ini hanya terjadi jika sisuami mereka ada orang ketiga dalam kehidupannya. Jika isteri dijangkiti satu daripada penyakit ini, berpunca dari salah suami mereka. Tidak logik jika sikap doktor yang gemar menyatakan dan mendakwa wanita dalam pantang hanya makan nasi dan ikan masin. Setiap kali menghadiri ceramah wanita dan kesihatan, doktor pasti menasihati...."hentikan amalan makan nasi dengan ikan masin" Hampir semua doktor berkata pantang itu karut, kononnya pengamal tidak makan makanan berkhasiat, sebaliknya hanya nasi, ikan masin dan ikan bilis goreng.Proses pantang ada salah faham mengenainya sehingga timbul tanggapan tidak tepat berkenaan amalan ini. Sebenarnya, pantang bersalin dan sikap cerewet seseorang terhadap makanan punya dua perkara berbeza. Memang benar dalam pantang kita tidak dibenarkan makan makanan sejuk, angin dan gatal tetapi kita tidak dilarang menikmati makanan berkhasiat. Siapa kata orang pantang makan nasi, ikan masin dan ikan bilis goreng saja?...Menu makanan pantang untuk lebih berkhasiat berbanding sekarang.. Tiada makanan proses, tiada cili, sebaliknya semua makanan sama ada direbus, dikukus atau dibakar. Hanya sekali sekala saja bergoreng itu pun menggunakan sama ada minyak zaitun (tiada kolesterol) ataupun bijan (memanaskan badan). Pengalaman ibu yang melahirkan saya dan adik-adik yang lain ada cara penyediaan makanan seperti - Haruan, senangin, bawal putih, tenggiri, selar, parang, kurau dan daging, setelah dua minggu barulah ada ayam. Ini kerana ada alahan kulit dan ditakuti gatal. Sayur - sawi, sayur kucai, lobak putih dan kailan. Hanya apabila setengahnya sudah 30 hari diberikan makan kubis, kacang buncis, kacang panjang dan bayam. Sementelahannya mesti diimbangi dengan menggandakan pengambilan jamu. Banyak makan ulam seperti pegaga, lenggundi, kacang botor (kacang kelisa) dan ulam raja. Epal merah hijau setiap hari dan adakala buah oren. Bila haus minum air akar kayu. Sehari minum lima enam gelas. Semua makanan ini adalah menu orang-orang tua diperturunkan kepada generasi sesebuah keluarga termasuk ibu saya ketika beliau dalam pantang. Adakah makanan ini tidak berkhasiat?....Siapa kata ibu kurang minum air?..Kenapa mesti digembar gemburkan orang dalam hari tidk makan ikan kembung, pari, dan tamban walhal banyak lagi ikan lain boleh dimakan?..Kenapa mesti kita makan kangkung padahal boleh makan boleh makan sayuran lain. Mengapa mesti kita makan betik dan pisang embun jika boleh makan epal, oren, anggur dan durian. Seharusnya Doktor mengkaji apa yang dikatakan makanan dalam pantang dan apa dimaksudkan makanan sejuk, gatal, angin dan panas. Mereka perlu teliti menu pengamal pantang larang.Ini kerana ada yang salah melakukannya. Mungkin anggapan wanita Melayu dalam pantang tidak makan makanan berkhasiat, berdasarkan pengamal salah. Amalan makan nasi bersama ikan masin ketika dalam pantang sebenarnya berkait rapat kedudukan ekonomi dan malas. Kebiasaannya mereka tiada wang untuk membeli ikan dan sesetengah jenis sayur. Sisuami pula malas ke hutan memetik ulam. Manakala pengetahuan mengenai jenis makanan boleh dimakan terhad dan tiada sikap beringat menanamnya. Akhirnya nasi bersama ikan masin menjadi hidangan. (Sebenarnya jika dinikmati, nasi dan ikan masin sedap dimakan ketika panas, cuma bezanya pada waktu biasa ada sambal belacan dan perbagai ulaman). Kenapa 44 hari waktu pantang??. (sebenarnya pantang asal 100 hari) selepas bersalin dianggap penting? Menurut ibu amalan ini persediaan kesihatan hari tua tidak diserang pening, sengal tulang, sakit belakang sebelum waktunya. Juga agar kita sentiasa bertenaga dan berseri selain mengelak berlakunya angin meroyan..Penyakit ini diakui dunia perubatan tetapi hingga sekarang punca ubat belum diketahui. Manakala menurut opah penyakit ini kerana badan sejuk dimasuk terlalu banyak angin yang ada kaitan pemakanan dan penjagaan tidak betul selepas bersalin. sebab itulah opah walaupun sudah melewati usia hampir 80an tidak mengadu sakit pinggang dan sengal badan. Malah beliau boleh memakan makanan apa saja berbanding sesetengah orang baru 50 tahun. Seperkara lagi doktor berpendapat hanya dunia sains betul dan cara tradisional karut. Begitu juga kebesaran surah al-Quran. Pemikiran mereka mengenai perubatan dan penjagaan tradisional tertutup rapat mestinya yang sains itu elok. Adakalanya cara tradisional lebih mujarab. Pada zaman Rasullullah, akar Siti Fatimah direndam menjadi air selusuh memudahkan bersalin. Pendapat seorang doktor apabila ditanya benarkah ikan haruan boleh mempercepatkan luka sembuh?..Beliau pantas menjawab: "Karut, tiada bukti. Itu hanya kepercayaan orang Melayu". Tetapi setelah sains membuktikannya ramai doktor mengakuinya, kesannya ikan haruan sukar didapati dan mahal. Orang Cina mulai menjualnya di restoran, walhal, menurut ibu dahulu haruan berlonggok dan hanya dimakan orang yang bersalin sahaja. Benar kata orang tua-tua, selagi bergelar doktor sebaik manapun penemuan dan amalan tradisional, mereka tidak percaya selagi sains tidak membuktikannya. Begitu juga akar kayu. Dahulu mereka memandang sinis kemujaraban akar kayu. Hanya kini mahu mengkajinya. Malah semakin ramai ahli sains kosmetik Barat kembali menggunakan tumbuh-tumbuhan. Agaknya apabila dunia perubatan mengakui kebaikan akar kayu, pupuslah pokok-pokok ini, hilanglah sumber pendapatan orang yang mencari rezeki di hutan. Kesimpulannya doktor perlu mengkaji lebih mendalam amalan pantang larang selepas bersalin. Disarankan mereka meneliti makanan orang dalam pantang dari hari pertama hingga 44 hari pagi,tengahari dan petang. Siapa makan apa?golongan bagaimana tidak makan makanan berkhasiat waktu ini? berpendapatan rendah menengah atau tinggi? Mengapa? adakah kerana tidak mampu, pantang, sikap diri yang cerewet, kurang berpengetahuan atau kepercayaan yang tidak berasas?.... Bagi saya sebagai ahli pengamal perubatan pantang larang selepas bersalin ada kebaikannya. Yang memburukkannya, ada pihak mengubahsuaikan mengikut kehendak sendiri seperti meninggalkan dan mengada-adakan perkara yang tiada. Umpamanya, tidak boleh makan makanan menjalar seperti kacang panjang kerana ditakuti TOMBONG!!!!(rahim jatuh dari tempatnya) . ***********h/h 3jun 2014