Saturday, May 31, 2014

TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA

Apa Itu Kanser Payudara? Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus. Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. Pengelasan Kanser Payudara Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan. Tanda dan Gejala Kanser Payudara Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun. Peringkat Kanser Payudara Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi). Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara. Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada. Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luarkawasan dada. Kaedah Rawatan Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis(ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik. Sumber dari : http://www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php

NEUROLOGICAL DISORDER OUR CHILDREN

ADHD / Autism / Asperger’s
Has your child been diagnosed with a neurological disorder?
Are you concerned about using controlling medication?

Why are we experiencing this epidemic rise in the unhealthy mental state of our children over the last ten years?
Could our fast food / ready meal world of refined sugar foods be an influencing problem?
Making important nutritional changes will biochemically help correct and support your child’s problem.
Ripe, Raw Fruits and Vegetables every day FREE for up to 3years.
We currently have over 440,000 children on our Child Health Study. By supporting your child nutritionally you can expect to see:
-Academic improvements
-Decreased negative behavior
-Decrease of extreme behavior
-Improvements in communication and social skills
-More concentration and attention in school
-Fewer days missed off school
-Eating more fruits and vegetables
-Drinking more water

HAKIKAT DEMAM DAN MENGUBATI CARA RASULLULLAH

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya? Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya? Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya : "Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila panas demam menimpa seseorang dari kamu sesungguhnya panas demam itu satu potongan dari api neraka maka hendaklah dia memadamkannya dengan air iaitu hendaklah dia mandi di sungai yang mengalir lalu hendaklah menghadap ke arah aliran sungai lalu membaca: (Dengan nama Allah sembuhkanlah hambaMu dan benarkanlah RasulMu). Sesudah solat subuh dan sebelum terbit matahari dan hendaklah dia membenamkan dirinya di dalamnya tiga kali benaman selama tiga hari kalau belum sembuh pada tiga kali maka sembuh pada lima kali maka sembuh pada tujuh kali kalau belum sembuh pada tujuh kali sesungguhnya ia hampir tidak melalui tujuh kali dengan izin Allah". (Sunan At-Tirmidzi Jilid 3. Hadith Nombor 2166)

Thursday, May 22, 2014

KANAK-KANAK TIDAK SUKA MAKAN BANYAK

Kanak-kanak tidak suka makan banyak. Cuba menggunakan dulang ais untuk memuaskan selera mereka dan perbagaikan cara pemakanan yang menyeronokkan, persembahan yang unik. Pastikan untuk mengatasi masalah ini banyakkan  pilihan yang sihat seperti buah beri, kacang, jagung, keju, timun, dan lain-lain Jangan lupa Jus PLUS Gummies buah-buahan / veggie / berry!. susu segar tanpa bahan pengawet.. Insyaallah pasti mereka mengemari cara kepelbagaian ini,










****************** h/h...22/5/14

Wednesday, May 14, 2014

MENGATASI BAYI MENANGIS



Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai bagi dirinya dan anda. 
1. Bedung bayi dan peluk dengan kuat. 
Bayi baru lahir menunjukkan kecenderungan untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim. Jadi anda ­mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan sama ada dia suka dibedung atau sebaliknya.

Ramai ibu dan bapa juga mendapati memeluk bayi rapat, terutama apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan.

Gambar: Kita serupa!



Sesetengah bayi pula mungkin berasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dikendong atau dinyanyikan.


2. Dapatkan ritma yang sekata. 
Di dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda yang juga satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi.

Bagaimanapun, bunyi lain yang teratur dan berulang juga boleh mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian.

Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut yang dapat membuatkan mereka tertidur.

Tapi awas, jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin terbabit.


3. Buai bayi.
 Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan dan anda mungkin dapati bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, sama ada dodoi sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.

Buaian khas bayi atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.


4. Cuba kaedah urutan. 
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya.

Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda.

Bayi yang menghidap kolik kadangkala rasa selesa jika perut mereka digosok dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya sudah mencuba membantu bayi yang cemas.


5. Biarkan dia menghisap sesuatu.
 Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh memberi ketenangan.

“Hisapan selesa” boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, perutnya lebih relaks dan membantu dia bertenang.


6. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada diri anda.
 Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak tekanan dan kebimbangan bagi ibu bapanya.

Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri.

Mereka berasa tidak cekap sebagai ibu bapa yang menyebabkan bayi menangis tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda sudah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis dan anda pula sudah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya, tetapi tidak berhasil, sudah tiba masanya anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak putus asa.

Berikut beberapa cadangan:

• Tarik nafas panjang.

• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa anda mendengar tangisannya.

• Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan tenangkan diri sendiri untuk 10 minit.

• Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda sekejap.

• Cari kumpulan ­sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi yang mana anda boleh berkongsi perasaan dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain mengenai cara untuk menangani tangisan bayi.

• Ingatkan diri anda ­bahawa bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima ­kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuatkan diri anda letih dengan mencari sebab tangisan, menyalahkan diri sendiri atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

• Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.


***********************metro********************

H/H...15/5/2014

Tuesday, May 6, 2014

Ahlan Wahsahlan Phenomedic








Assalamualaikum wbt...Salam suai kenal untuk semua warga blogger..Pertama aku memperkenalkan diri untuk turut serta di dalam laman sosial ini.. Kiranya aku masih terlalu mentah untuk bercerita topik-topik berkaitan ehwal semasa dan juga arena antara bangsa. Mungkin aku hanya boleh memfokuskan bidang kedoktoran mengenai setiap penyakit dan cara-cara mengawal penyakit dari merebak atau terus membawa keburukan dari segi kesihatan. Apapun sebenarnya aku adalah seorang ahli perubatan dan aku bernama Nornadia Mizra Mohd Husni.




Gambar: Kngan dgn mr p n dr nurnadia Nornadia Mizra

Semuga paparan akan datang boleh mendapat manafaat bersama di dalam bidang kesihatan dan perubatan. Semuga hasil usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan untuk setiap warga tak kira usia akan mendapat keberkhatan dan kerahmatan dari Allah swt. Terima kasih juga kepada insan-insan yang banyak memberikan dorongan serta pandangan baik dari segi moral dan juga pandangan bernas. Semuga kebaikan kalian ku doakan di berkhati dunia akhirat dan mendapat rahmat dari Illahi.


sharing....h/h 6/5/14

*************************************