Friday, August 7, 2015

LELAKI!!!! AWASI KANSER PAYUDARA

Ramai orang berpendapat bahawa kanser payudara adalah penyakit eksklusif wanita. Tetapi, tahukah anda kanser di duktus susu itu turut menyerang kaum lelaki?. Walaupun wanita adalah 100 kali lebih cenderung mengalami kanser payudara, tetapi mana-mana lelaki sekalipun boleh menghidapinya. Lelaki mempunyai tisu payudara yang jauh lebih sedikit berbanding wanita namun mereka juga mempunyai sel-sel payudara yang boleh mengalami perubahan berkanser. Yang berbeza cuma bilangan duktus dan lobul yang sedikit dan tidak membesar berbanding wanita
"Kebiasaannya kanser payudara lelaki ini lambat di kesan. Anggaran masa di antara simpton pertama dan diagnosis adalah 19 bulan atau lebih setahun setengah. Ini mungkin kerana tidak menyangka kanser payudara akan menyerang lelaki dan kerana itu sedikit atau tiada langsung pengesahan awal dibuat," kata Dr. Abd Hamid Mat Sain.
. DR. ABD HAMID MAT SAIN Consultant General Surgeon AM (Mal), MBBS (Adel., Aust), MS (UKM), FRCS (Edin, UK)... Menurut Pakar Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban Negeri Sembilan itu, berdasarkan kajian, 65 peratus daripada lelaki dapat meneruskan kehidupan sehingga lima tahun selepas diagnosis dan 51 peratus hidup selepas 10 tahun. Sementara itu, Satu perempat daripada lelaki tersebut mempunyai sejarah kanser di dalam keluarga dan 12 peratus mempunyai anggota keluarga yang menghidap kanser payudara. Kanser payudara terjadi kepada lelaki apabila mereka mempunyai keabnormalan dalam gen kanser payudara BRCA2. Menurut Dr. Abd Hamid, penyelidikan mendapati bahawa sifat-sifat klinikal kanser payudara lelaki adalah sama sahaja dengan perempuan. Bagaimanapun, diagnosis kanser payudara mengambil masa yang lebih lama untuk dikesan. Sekalipun kanser payudara jarang berlaku di kalangan kaum lelaki, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa ia boleh berlaku. Kanser payudara lelaki adalah sama dengan kanser payudara yang menyerang perempuan. Kanser saluran susu adalah jenis yang biasa berlaku dan mempunyai tindak balas yang sama dengan rawatan. Ramai lelaki yang malu dengan anggapan orang ramai tentang penyakit kanser payudara cuma menyerang wanita ini.Adalah sangat penting bagi mereka untuk mengetahui maklumat yang sama dan memerlukan sokongan dan keprihatinan seperti kaum wanita yang menghidap penyakit kanser payu dara. Kanser payudara mungkin berlaku kepada lelaki tidak mengira peringkat usia. Kebiasaannya, penyakit ini dikesan antara umur 60 hingga 70 tahun.
JENIS-JENIS KANSER PAYUDARA LELAKI: * Duktal karsinoma infiltrating: Kewujudan sel-sel tidak normal dalam lapisanduktus: dipanggil INTRADUKTAL KARSINOMA. * Inflamasi/radang kanser payudara: Payudara kelihatan merah, bengkak dan pesakit akan rasa panas dibahagian tersebut. *Penyakit Paget pada puting susu: Ketumbuhan yang membesar dari duktus di bahagian puting susu ke permukaan puting susu. Lobular karsinoma in situ iaitu sel-sel abnormal di dalam lobus atau bahagian payudara yang terjadi kepada wanita, mungkin tidak dapat dilihat berlaku pada lelaki. FAKTOR-FAKTOR RISIKO * Terdedah kepada radiasi * Menghidap penyakit yang berkait dengan kadar estrogen tinggi seperti sirosis (Penyakit atau sindrom Klinefelter(ketidak seimbangan genetik)
DIAGNOSIS Pemeriksaan bagi kanser payudara digunakan untuk mengesan dan mengenal pasti kanser payudara bagi lelaki. Jika terdapat perubahan pada payudara, anda perlu berjumpa dengan doktor. Lelaki yang menghidap kanser payudara akan berasa ketulan atau benjol di bahagian buah dada mereka. Biopsi:- Pembuangan sebahagian dari ketulan atau tisu atau cecair yang mencurigakan dan jarum halus boleh dilakukan bagi mengesan kanser. Selepas pembuangan tisu atau cecair patologi akan membuat pemerikaan bagi memeriksa sel-sel kanser. Peluang bagi lelaki yang menghidap kanser payudara untuk terus hidup adalah sama dengan wanita yang menghidap kanser payudara jika peringkat diagnosis mereka adalah sama. Kes kanser payudara lelaki hanya dapat dikesan pada peringkat yang agak lewat dan ini menyebabkan kesukaran untuk disembuhkan. Prognosis atau keupayaan untuk sembuh dan rawatan pilihan bergantung kepada peringkat kanser sama ada dipayudara atau telah merebak di bahagian tubuh yang lain, jenis kanser, ciri sel kanser, kebarangkalian kehadiran kanser di payudara yang lain, umur pesakit dan kesihatan secara am. Selepas diagnosis, beberapa pemeriksaan dilakukan untuk mengetahui sama ada sel-sel merebak dibahagian payudara atau bahagian tubuh yang lain. Proses ini dipanggil pemeringkatan. Adalah penting untuk mengetahui peringkat penyakit kanser dalam merancang rawatan. Pemeringkatan bagi kanser payudara lelaki adalah sama dengan wanita. Penularan kanser payudara ke nodul limfa dan bahagian tubuh badan yang lain adalah sama di antara wanita dan lelaki. PILIHAN RAWATAN Kanser payudara lelaki dirawat sama seperti kanser payudara wanita. Cara rawatan diberikan bergantung kepada jenis dan peringkat kanser. Empat jenis rawatan standard bagi merawat kanser payudara lelaki ialah:- * Pembedahan:- Pembedahan kanser payudara lelaki ialah mastektomi radikal yang melibatkan pembuangan buah dada bersama noda-noda limfa pada ketiak berdekatan dan otot-otot yang menghubungkan bahagian atas dada kepada bahu. Sebahagian noda-noda limfa yang dirawat diperiksa dengan mikroskop. *Kemoterapi:- Kemoterapi adalah rawatan kanser yang menggunakan ubat-ubatan dalam memberhentikan tumbesaran sel-sel kanser, sama ada membunuh sel-sel tersebut ataupun menghentikan sel-sel tersebut daripada membahagi(membiak). Kimoterapi yang diambil melalui oral (mulut) atau disuntik ke vena atau otot, akan melalui saluran darah dan sampai ke sel-sel kanser melalui tubuh badan (sistemik kemoterapi). Ada juga kemoterapi diletakkan di turus spina atau tulang belakang,kaviti tubuh seperti abdomen atau organ, ubat-ubatan cuma memberi kesan terhadap sel-sel kanser yang terdapat pada bahagian itu sahaja. *Terapi hormon:- Rawatan kanser ini membuang hormon atau menghalang pergerakan dan menghentikan sel-sel kanser di mana hormon-hormon ini terikat pada reseptor, ubat-ubatan pembedahan atau terapi radiasi digunakan bagi mengurangkan penghasilan hormon atau menyekat hormon-hormon ini dari berfungsi. *Terapi radiasi:- Ini adalah rawatan kanser yang menggunakan tenaga sinar-X yang tinggi dan jenis radiasi yang boleh membunuh sel-sel kanser. Terdapat dua jenis terapi radiasi iaitu, pertama:-radiasi luaran di mana penggunaan mesin bagi menghantar radiasi terhadap kanser dan kedua:- radiasi dalaman menggunakan bahan-bahan yang bersalut radiasi seperti jarum, wayar kateter (tiub) yang diletakkan melalui atau dekat dengan sel-sel kanser. ****** PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. *