Sunday, November 9, 2014

KETUAT KELAMIN (GENITAL WART)

Apakah ketuat kelamin!... ketuat kelamin (genital warts, venereal wart atau condyloma acuminata)adalah ketumbuhan kulit yang lembut,lembab dan tidak sakit. Ia adalah ketumbuhan kulit yang berwarna merah jambu, keperangan atau seperti warna kulit. Ketuat kelamin kelihatan seperti kubis bunga (berbiji-biji/berlapis). Ketuat kelamin tumbuh diatas zakar atau kawasan yang berhampiran zakar, kawasan dubur, di bibir faraj dan kadangkala ia muncul di pangkal rahim (saluran berbentuk leher antara uterus dan faraj). Apabila berlaku, gejala yang mungkin timbul termasuklah pendarahan semasa pergerakan usus atau sakit ketika membuang air kecil. Ketuat boleh tumbuh secara sebiji-sebiji atau berkelompok. Kadangkala kelompok ketuat terjadi di sekeliling sehiji ketuat besar. ADAKAH KETUAT KELAMIN PENYAKIT YANG BIASA BERLAKU/TERJADI?. Penyakit ketuat kelamin boleh merebak melalui hubungan seksual. Penyakit ketuat kelamin biasa menjangkiti lelaki dan wanita yang aktif dalam hubungan seksual pada semua peringkat usia, bangsa atau kelas sosial di seluruh dunia. Pesakit ketuat kelamin mudah menjadi murung dan rendah diri serta kurang berminat terhadap hubungan seks. Sekiranya tidak di rawat bagi pesakit wanita risiko mendapat barah pangkal rahim meningkat, sementara pesakit lelaki menghadapi risiko meningkatnya barah prostat. BAGAIMANA KETUAT KELAMIN BOLEH DIJANGKITI?... Penyakit ketuat kelamin disebabkan oleh virus human papillomavirus (HPV). Terdapat banyak jenis HPV dan tidak kesemuanya menyebabkan Ketuat Kelamin. Cara penyebaran virus HPV adalah melalui sentuhan langsung dari kulit ke kulit ketika melakukan hubungan sexs melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah pun dijangkiti penyakit tersebut. Ketuat kelamin adalah mudah berjangkit. Anda mempunyai risiko dijangkiti ketuat kelamin setinggi 60% dengan hanya sekali melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang mengidap ketuat kelamin ini. Jangkitan Ketuat kelamin boleh mengambil masa lama untuk timbul atau disedari. Bagi wanita Ketuat Kelamin mungkin menyerang di kawasan yang tidak kelihatan seperti di dalam faraj dan di pangkal rahim. Tidak semestinya tanpa tanda atau tanpa kehadiran virus HPV Ketuat Kelamin menandakan anda tidak dijangkiti HPV. Penggunaan kondom yang betul boleh mengelakkan jangkitan HPV, tetapi kondom tidak dapat menutupi keseluruhan kulit yang telah dijangkiti Ketuat Kelamin. MENGELAK DARI JANGKITAN KETUAT KELAMIN: Untuk mencegah jangkitan: anda digalakkan mengelak dari melakukan hubungan kelamin sehingga selesai tempoh berubat. Mengamalkan cara yang selamat dengan menggunakan kondom dengan cara yang betul dan menutupi bahagian yang terkena jangkitan. Selain itu penting wanita untuk menjalani pemeriksaan pap smear untuk mengesan sebarang kelainan pada alat kelamin dan organ reproduksi, Pencegahan awal perubahan diperolehi dari ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan barah pangkal rahim. Ketuat Kelamin harus diperiksa oleh doktor. Jangan sekali-kali merawat sendiri ketuat kelamin. Ketuat Kelamin boleh dihilangkan tetapi virus HPV akan kekal didalam badan dan tidak boleh dirawati. Ini menerangkan mengapa Ketuat Kelamin ini boleh menyerang kembali setelah dibuang.

No comments:

Post a Comment