Tuesday, July 15, 2014

4 CARA ELAK MALAS BERSENAM

Rata-rata wanita hari ini menolak untuk melakukan senaman dan senaman pastinya bukan menjadi keutamaan dalam aktiviti harian. Ada cara mudah yang mampu menjadikan ia satu aktiviti baru biarpun hanya hangat-hangat tahi ayam. 4 cara mudah ini pasti membantu. Mana tahu cara ini mendorong anda mengekalkan senaman dan latihan aktiviti ini sepanjang hayat. Kasut baru selesa Anda gemar ber'shopping' bukan? Apa kata kali ini anda pilih kasut sukan yang menepati pilihan anda, cantik dan berwarna warni. Cara ini buat anda lebih bersemangat untuk bersenam. Hentikan Larian Punca utama wanita tidak mahu bersenam adalah kerana terpaksa berlari pantas. Mudah sahaja, tukarkan aktiviti larian ini dengan lompatan mahupun mengangkat beban di gimnasium atau pilih sahaja aerobik dan yoga yang penuh rasa keseronokan. Masa Terbatas Masa salah satu daripadanya. Usah berdolak dalik dengan masa. Atur masa anda sendiri. 10 minit sahaja sudah cukup untuk aktiviti senaman ini. Sebelum keluar menghantar anak ke sekolah atau ketika waktu tengahari bagi wanita bekerja adalah waktu paling sesuai. Tarik nafas perlahan dan lakukan 'sit up' 10 kali. Cukup memadai. Latihan bersama teman Ajak teman anda sama-sama berolahraga atau bererobik. Cara ini lebih meningkatkan semangat bersama.. Lakukan dengan penuh relaks. ************************

Wednesday, July 9, 2014

SIHAT SEMULA JADI (ATASI KESEDIHAN DENGAN SATU PELUKAN)

Kaedah terbaru untuk mengatasi rasa sedih dan sepi ialah dengan memeluk rakan atau pasangan anda. Sentuhan mempunyai kuasa terapeutik ( ia boleh mengurangkan tahap hormon kortisol stres dan merendahkan tekanan darah). Setiap kali anda merasa sedih, sunyi atau hanya ingin melegakan perasaan, peluklah rakan atau pasangan anda untuk mendamaikan semula perasaan tersebut.



Seorang Profesor perlakuan manusia dari Universiti of California, Amerika Syarikat, James Fallon mengatakan tindakan memeluk atau memegang tangan orang yang kita kasihi seeratnya akan menggalakkan pembebasan 'OXYTOCIN' iaitu sejenis hormon yang bertangung jawab mengurangkan stres,meningkatkan fungsi imunisasi, dan meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular seseorang. Tidak susah untuk sihat, peluklah orang yang anda sayangi seeratnya dan genggamlah tangan mereka....