Tuesday, December 16, 2014

STRESS.. PUNCA DAN RAWATAN

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran. Apabila kita menghadapi sesuatu masalah.. otak kita respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan diturunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline dikeluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga. Jantung yang cepat membolehkan lebih banyak darah mengalir untuk membawa oksigen ke otot dan otak untuk membolehkan kita menghasilkan tenaga itu. Responya biasanya ialah dengan cara melawan seperti menjerit, memukul, merosakkan barang-barang atau lain- iaitu menangis, termenung atau masuk ke alam sendiri (merajuk). Kita namakan ini respon " SURVIVAL" , iaitu melawan atau lari dan kita namakan respon binatang memmalia atau reptilia.Sekiranya kita beriman dan berakal, kita akan menghadapi masalah ini dengan cara positif: ***** Menarik nafas panjang ***** Mengucap ***** Menyempurnakan solat dan bertenang ***** Menyempurnakan exercise "relaxation and visualisation" TANDA-TANDA STRESS Orang yang menerima amarah ini juga akan respon dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk di sebabkan juga oleh adrenalin yang berlebihan. Jika orang itu berakal dia akan respon dengan cara positif dan dengan itu tidak mengalami stress. Bagi anak kecil, mereka belum lagi berakal. Sekiranya anak itu sering mengalami keadaan seperti ini ia akan menyebabkan anak itu tidak rapat dengan ibubapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri. Jika tanda-tanda itu wujud sebelum umur 3 tahun ini bermakna itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu di beri nama AUTISMA. Jika tanda itu wujud selepas 3 tahun kita biasa kenali orang itu sebagai orang gila atau ; "SCHIZOPHRENIA". Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan dengan itu membentuk perangainya, keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa. Ibu yang dalam keadaan stress waktu mengandung akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stress, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan, atau anak mengidap sawan tarik atau dilahirkan anak kurang upaya. Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stress, orang yang amarah itu juga akan mengalami stress. ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH:- @ Otot-otot muka bergerak @ Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) @ Menggigit kuku atau bibir @ Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan @ Menggoyangkan kaki @ Jantung berdebar @ Pernafasan cepat @ Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan @ Muka merah atau pucat @ Tangan sejuk dan berpeluh (basah) @ Rasa loya atau tidak lalu makan @ Mulut kering @ Rasa takut sesuatu akan terjadi @ Kerongkong rasa tersekat @ Sentiasa menelan air liur @ Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur @ Tidak boleh memberi tumpuan @ Selalu pening kepala atau sakit @ Lemah lutut @ " Fidgetiness" iaitu mengusik orang, merosakkan barang atau mendera binatang @ Senang panik @ Senang lupa @ Cerit beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan @ Kencing malam @ Mengigau @ HISTERIA- atau menjerit-jerit tanpa sebab @ Merajuk. Keadaan stress, sekiranya tidak dikawal dikalangan orang dewasa akan menyebabkan tekanan darah tinggi melebihi (120/80) secara berterusa, yang akhirnya boleh menyebabkan jantung lemah, paru-paru lemah dan otak lemah, dan juga sistem ketahanan dalaman atau sistem imuniti lemah dan sistem lain juga lemah termasuk pengaliran darah. Jadi inilah penyebab penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung,sakit sendi, gastrik, ulser,penyakit-penyakit kronik dan malahan kanser. MAKANAN DAN STRESS Makanan dan minuman udan dan air boleh juga menyebabkan stress. Kekurangan oksigen atau bertambahnya karbon dioxida dan carbon monoxida atau ketiga-tiganya atau bertambahnya bahan-bahan racun yang akan menyumbatkan saluran darah dan usus. Diantara makanan yang diberi nama "JUNK FOOD" atau makanan dera diri ialah makanan atau minuman yang terlalu banyak gula pasir, kafin dalam kopi,tannin (dalam teh) xantin (dalam coklat) dan makanan dan minuman yang terlalu banyak perasa, pengawit, pewarna dan monosidium glutamate atau MSG. Minuman dalam tin dan kotak termasuk susu lembu juga dalam katogeri makanan dera diri atau "JUNK FOOD" Semua makanan ini menyebabkan stress dan dengan itu kesan-kesan stress seperti penyakit alahan dan kelemahan sistem imuniti yang menyebabkan kita rasa letih dan tidak bermaya, yang menyebabkan pula kita sering marah dan lain-lain yang menambahkan lagi "STRESS". ROKOK merupakan satu lagi faktor penting yang bukan sahaja merbahaya kepad penghisapnya tetapi juga kepada orang atau anak-anak yang menyedut asapnya. Asap ini mengandungi karbon monoxida yang merosakkan oksigen dan jika disedut oleh ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan janin dan jika disedut oleh anak kecil pula, akan mengurangkan potensinya untuk menjadi cemerlang dan mungkin akan mendapat penyakit-penyakit kronik di usia awal. 'FREE RADICAL' "Free Radical" atau habuk-habuk api merupakan faktor baru yang dikesan yang boleh menyebabkan sel terbakar dan jika berterusan boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti Kanser, Arthritis dan penyaki-penyakit lain. Makanan dan minuman sekarang secara amnya telah diproses dan tidak ada lagi enzim, vitamin dan galian yang boleh menghadamkan sepenuhnya makanan dan minuman itu. Ini akan menambahkan "STRESS", bertambah juga racun darah dan menambah lagi "YIS" atau "RAGI" yang dikenali sebagai "CANDIDA", yang akan menjadi punca penyakit-penyakit Alahan, Asthma, Arthritis, sering marah dan lain-lain. Amalan berpuasa akan membantu mengatasi masalah ini dan diperkuatkan dengan amalan MENU pusigan, cara makan yang betul, cara minuman yang tepat dan menambahkan kekuatan itu dengan makan vitamin dan galian tambahan yang sesuai. SALURAN DARAH TERSUMBAT! Hasil dari emosi yang negatif dan cara pemakanan dera diri yang menyebabkan STRESS, badan kita banyak mengeluarkan kolesterol berat dan protein atau LDL (LOW DENSITY LIPO PROTIEN) yang akan menyumbat saluran-saluran darah. Yang penting sekali ialah saluran darah ke otak dan jantung. Tiga puluh peratus dari jumlah oksigen yang dihidu mesti sampai ke otak pada setiap ketika. Jantung juga memerlukan darah yang cukup untguk berfungsi dengan baik supaya darah yang membawa oksigen dan makanan ke otak cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Demikian juga dengan sisa-sisa hasil dari metabolisma dari otak dan tubuh mesti di proses dan di bawa keluar melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan.

TUMBUHAN DAN PENGUBATAN TRADISIONAL

Manusia sejak zaman berzaman lagi telah menyedari bahawa tumbuhan amat berguna kepada mereka untuk menjadikan penyembuh penyakit selain dari untuk dijadikan sumber makanan harian. Hubungan manusia dengan sumber tumbuhan ubatan tradisional sama ada dari punca laut seperti alga serta terestrial amat rapat sepanjang peradaban manusia. Hasil daripada penggunaan ubatan secara tradisional oleh masyarakat dahulu kala, para saintis mengkaji tumbuhan tertentu. Beberapa penemuan menarik telah dikesan oleh saintis termasuklah kuinina yang dikenali ramai dari pokok CHINCHONA sp, yang digunakan sebagai ubat antimalaria: reserpina dari RAUWOLFIA serpentana yang berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi; berbagai-bagai sebatian alkaloid dari DATURA sp ((pokok kecubung) yang digunakan dalam rawatan berbagai -bagai gejala; penisilin dari bakteria PENISILLIUM sp; asid kinik dari alga merah DIGENIA simplex yang diguna sebagai ubat penghapus cacing dan banyak penemuan lain boleh digunakan dalam rawatan luka kecil ke barah dan leukimia... Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan yang mempunyai nilai ubatan. Dari 7000 spesis angiosperma, sekitar l082 spesis (15%) dilapurkan bernilai ubatan dan dari 600 spesis paku pakis sekitar 76 spesis (13%) dilapurkan bernilai ubatan. Adalah tidak menghairankan sekiranya kita teliti fakta bahawa lebih 70% penduduk dunia terutamanya dunia ketiga masih bergantung secara keseluruhan atau sebahagian kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan mereka. Tumbuhan berubat ini boleh mereka temui sekitar kawasan kediaman mereka atau hutan-hutan yang berhampiran. PENGUBATAN TRADISIONAL: Sejak dari dahulu lagi, masyarakat dunia khasnya di Malaysia sebelum adanya doktor perubatan yang biasanya merawat penyakit ialah bomoh atau dukun. Bomoh boleh di anggap sebagai seorang yang diiktiraf oleh sesuatu komuniti di mana ia tinggal dan ia berperanan dalam memberikan bantuan perubatan dengan menggunakan tumbuhan, haiwan, mineral dan lain-lain. Dalam masyarakat kita bomoh, dukun dan pawang amat terkenal dan di kunjungi oleh masyarakat sekitar untuk memperolehi ubatan BOMOH atau DUKUN ini menggunakan berbagai cara untuk menyembuhkan penyakit. Ramuan utama yang digunakan oleh mereka ialah tumbuhan ubatan. Kaedah yang diamalkan dalam rawatan adalah berasaskan latar belakang sosial, kebudayaan, keagamaan, tingkahlaku dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Tumbuhan berubat pula merupakan sebarang tumbuhan di mana satu atau lebih daripada bahagian tumbuhan tersebut mengandungi sebatian aktif yang boleh digunakan bagi tujuan terapeutik atau merupakan bahan pemula bagi saintesis dadah yang berguna. Tumbuhan berubat telah digunakan secara meluas di kalangan masyarakat tempatan terutamanya penduduk kawasan pendalaman. Antara penyakit dan gejala yang sering di rawat dengan menggunakan tumbuhan termasuklah batuk, demam, cirit-birit, pening, malaria, darah tinggi, kencing manis, patah tulang, gastrik, kudis, kurap dan sebagainya. SEJARAH PENGGUNAAN TUMBUHAN DALAM UBATAN TRADISIONAL: Sejarah Islam membuktikan hasil daripada pengkajian dari al-Quran ramai ahli sains telah menemui banyak kepentingan tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan. Contohnya Al-Riyasi Ibnu Jarit, seorang Mesir dan tabib kepada Salahuddin al-Ayubi telah menulis buku pengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Baitar dari Malaga pula menulis dua buku terkemuka berkaitan dengan tumbuhan ubatan bertajuk al-Mughinifi al-Adawiyah al Mufradah (Herba-herba Perubatan) dan al-Jami'fi al Adwiyah al-Mufradah (Pengutipan Herba-herba Perubatan dan sifat-sifatnya)... Menurut sejarah perubatan, rekod terawal penggunaan perubatan herba adalah minyak dari tumbuhan Hydnocarpus Gaertn yang sangat berkesan dalam rawatan penyakit kusta. Kegunaan minyak dari tumbuhan tersebut telah direkodkan semasa Emperor Shen Nung di China dalam tahun 2730 dan 3000 S,M. Biji pokok popi (PAPAVER SOMNIFERUM) dan biji pokok jarak (RICINUS COMMUNIS) telah digunakan dalam zaman Mesir Purba...Kajian dan lapuran sistematik terhadap penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan telah pertama sekali dilakukan oleh HIPPOCRATES yang dikenali sebagai bapa perubatan sekitar tahun 400 S.M. MATERIA MEDICA beliau telah menyenaraikan resipi untuk merawat sebanyak 400 jenis penyakit dengan menggunakan tumbuhan. THEOPHRATUS (sekitar 300 S,M) telah mengumpulkan maklumat sistematik bagi berbagai-bagai jenis tumbuhan manakala DIOSCORIDES (T.M. 160) dan GALEN (T,M 200) telah menerbitkan banyak makalah mengenai penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan. Penggunaan tumbuhan sebagai punca ubatan terus berkembang maju diserata dunia dan sehingga sekarang manusia masih bergantung kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan. Penggunaan ubatan tradisional di Asia terutamanya India, China, Korea, Filipina, Indonesia dan Thailand amat pesat sekali. Contoh ekstrak ginseng dari Korea dan Jamu dari Indonesia telah dipasarkan dan digunakan secara meluas. Kajian mengenai tumbuhan berubat di Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Rekod terawal penggunaan tumbuhan berubat di Malaysia telah di tulis oleh Munshi Ismail di Pulau Pinang pada tahun 1886 dan beberapa lapuran lain yang berkaitan telah diterbitkan. Kegunaan beberapa tumbuhan tempatan dalam rawatan berbagai penyakit telah disenaraikan dalam penerbitan tersebut. KAEDAH PENGGUNAAN: Kaedah penggunaan ubatan tradisional secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu sama ubat untuk kegunaan luaran ataupun dalaman. Dalam kaedah luaran biasanya tumbuhan ditumbuk bersama minyak dan ditampalkan atau dituam. Kaedah menuam ini merupakan satu kaedah FARMASEUTIKAL tertua dan biasanya memerlukan pemanasan. Bahagian tumbuhan yang telah lumat atau dalam betuk serbuk dicampurkan dengan sedikit bahan pelekat dan dilembabkan dengan wap air, diletakkan pada kain dan digunakan pada kulit semasa masih panas. Bila tuaman telah sejuk, ia digantikan dengan yang baru. Kaedah ini sesuai untuk tulang yang patah, kurap, pening, sakit perut, kudis dan lain-lain. Bagi rawatan dalaman seperti demam, gastrik, cirit-birit, darah tinggi, kencing manis dan lain-lainnya, biasa air rebusan diminum. Bahagian tumbuhan tertentu dididihkan pada selang masa tertentu ataupun persediaan seperti teh iaitu serbuk tumbuhan dicampurkan dengan air mendidih dan diminum. Biasanya larutan sekitar 5% disediakan untuk diminum... Disamping mengambil tumbuhan yang telah direbus sebagai ubatan, memakan tumbuhan tertentu sebagai ulam juga dapat berfungsi dalam mengatasi berbagai-bagai gejala. Contohnya pegaga (CANTELLA ASIATICA) dan pucuk gajus (ANACARDIUM OCCIDENTALE) digunakan untuk membersihkan darah dan menyembuhkan sakit kulit; cekur (KAEMFEREA GALANGA) untuk membuang agindan sakit perut; daun sup atau saderi ( APIUM GRAVEOLENS) untuk menurunkan tekanan darah, manakala petai (PARKIA SPECIOSA) dan jering (PITHECALLOBIUM JIRING) pula boleh digunakan dalam rawatan kencing manis. Disamping itu, ulam-ulaman yang dimakan boleh membekalkan badan dengan garam galian dan vitamin. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERUBATAN TRADISIONAL: Terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan rawatan kaedah tradisional., Pengalaman perubatan tradisional dipelopori oleh orang-orang yang disegani dikalangan masyarakat berkenaan dan perhatian yang diberikan adalah lebih meluas. Bagi negara-negara membangun kos mengimpot dadah sintetik adalah tinggi berbanding dengan perubatan tradisional yang mempunyai fungsi yang sama dan jauh lebih murah... Dikawasan yang mempunyai perkhidmatan doktor masih ramai penduduknya memilih untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional, peraturan hospital dan juga masalah komunikasi diantara pesakit dan doktor. Bagi negara-negara membangun sebab utama yang membawa kepada penggunaan ubatan tradisional adalah akibat kekurangan pusat rawatan dan tenaga terlatih...Ubatan tradisional adalah terhasil daripada semula jadi dan ianya akan lebih mudah untuk diterima oleh sistem tubuh kita berbanding dengan dadah sintetik. Kepekatan bahan aktif dalam tumbuhan adalah rendah dan menjadi cair apabila persediaan ubatan dibuat dan kepekatan yang rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa sebarang kesan ketoksidan kecuali bagi beberapa jenis tumbuhan yang bertoksid...Disamping beberapa kebaikan tersebut kita juga perlu ingat bahawa perubatan tradisional adalah berpotensi untuk dadah baru, satu punca yang murah bagi pemula dadah sintetik atau punca murah bagi dadah tertentu seperti VIBLASTIN dari CATHARANTHUS ROSEUS ataupun RESERPINA dari RAUWOLFIA sp... Terdapat beberapa keburukan dalam perubatan tradisional yang patut diberi perhatian kerana terdapat banyak kematian akibat penyalahgunaan atau penggunaan yang silap terhadap tumbuhan akibat kurangnya pengetahuan tentang kandungan bahan aktif dalam tumbuhan berkenaan.. Kesangsian utama dalam penggunaan ubatan tradisional adalah disebabkan tidak ada bukti saintifik. Kebanyakan dakwaan yang dibuat terhadap khasiat tumbuhan tertentu adalah dari pengamal perubatan tradisional dan belum dikaji secara mendalam dan sistematik. Begitu juga rawatan yang disyorkan adalah tidak jelas. Sebagai contoh seorang pesakit mengadu sakit perut, maka ia akan diberikan ubat sakit perut tanpa mengambil kira gangguan dalam perut mungkin disebabkan oleh gejala lain seperti ulser atau barah. Dalam hal ini yang dirawat adalah simpton penyakit dan bukannya penyakit itu sendiri dan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai kerumitan lain. TUMBUHAN BERUBAT: Tumbuhan tradisional untuk berbagai kegunaan perubatan tradisional akan diterangkan dan tumbuhan ini mudah ditemui dan senang digunakan. ALOE VERA.....famili:- Liliaceae...Nama tempatan : LIDAH BUAYA...( Digunakan secara meluas hampir semua rawatan. Jus daunnya boleh diminum bagi merawat sakit perut dan juga sebagai julap yang amat berkesan. Meminum jus lidah buaya juga amat sesuai dan berkesan bagi menghapuskan cacing pita,batuk, demam kuning, pedih pada hati dan juga sebagai tonik. Daun tumbuhan ini yang bersifat penyejuk sangat sesuai digunakan bagi merawat kulit yang melecur terkena api atau benda panas, luka-luka,sakit kulit seperti kusta dan lain-lain. Disamping itu daun lidah buaya boleh digunakan bagi mengurangkan keguguran rambut dan menghapuskan kelimumur.. ANNONA SQUAMOSA:...... Famili:- Annonaceae...Nama tempatan : NONA/SRIKAYA....... Daun pokok nona ini boleh direbus dan diminum bagi mengatasi masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selsema. Daunnya boleh di tumbuk dan digunakan bagi mencuci rambut untuk mengatasi masalah kulit terutamanya bisul. Kulit buah nona boleh direbus dan diminum bagi menyembuhkan demam dan cirit birit, manakala air rebusan akarnya boleh digunakan sebagai julap dan juga mengatasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang.... Biji buahnya boleh ditumbuk dan disapu bagi mengatasi masalah sakit sendi dan juga membunuh kutu pada rambut.Bijinya mempunyai kesan toksid dan tidak boleh dimakan. MUSA PARADISIACA:..... Famili:- Musaceae... Nama tempatan : PISANG.......Daun pisang biasanya digunakan bagi membungkus segala ramuan ubatan bagi merawat buasir demam malaria dan sakit gigi. Bagi merawat buasir daun/buah kecubung dibungkus dengan daun pisang, dilayur diatas api dan diletakkkan pada bahagian yang sakit. CYMBOPOGEN NARDUS:....Famili:- Gramineae...Nama tempatan: SERAI WANGI.....Akar serai wangi yang direbus dan diminum air rebusannya adalah baik sebagai pelawas kencing, mengurangkan sakit senggugut, sakit tekak dan menurunkan suhu badan. ANANAS COMASUS:....Famili:- Bromeliacee...Nama tempatan: NANAS.....Jus nanas muda boleh diminum bagi merawat cacing dalam perut, melegakan parut-paru dan juga sebagai pelawas kencing. Jus nanas boleh juga dicampur dengan sedikit garam lalu diminum bagi tujuan merancang keluarga. Buah yang masak boleh dimakan terus bagi memudahkan proses penghadaman dan merawat sakit perut. ARTOCARPUS HETEROPHYLIUS:...Famili:- Moraceae...Nama tempatan: NANGKA...Buah nangka masak boleh dimakan terus bagi menurunkan suhu badan, sebagai julap dan juga tonik. Biji nangka boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing, buang angin dan juga julap. Daun nangka boleh dibakar sehingga menjadi abu dan dicampurkan dengan minyak kelapa lalu disapu bagi merawat bisul dan sebagai ubat luka. Akar nangka boleh direbus dan diminum bagi merawat demam panas dan cirit-birit. AVERRHOA BILIMBI:.... Famili:- Oxalidaceae....Nama tempatan: BELIMBING BULUH..... Daun tumbuhan ini ditumbuk dan disapu bagi merawat sakit kulit, jerawat, gatal-gatal, bengkak dan sakit sendi. Daunnya boleh direbus dan diminum bagi merawat demam, buasir dan kencing manis. Bagi ibu-ibu lepas bersalin daun belimbing buluh ini boleh direbus bersama daun sisik puyu dan daun ribu-ribu, ditambah dengan sedikit santan lalu diminum sebagai ubat meroyan. CAPSISUM FRUTESCENS:....Famili:- Solanaceae...Nama tempatan: CILI PADI... Daun cili padi boleh ditumbuk dan ditampal bagi mengubati bisul dan sakit kulit.. Daunnya boleh dilayur pada api dan ditampal pada tempat yang sakit terutamanya bagi mengatasi masalah sengal-sengal otot. Buah cili padi yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat demam,busung,gout,kepialu,sakit kuning,sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak. COCOS NUCIFERA:.... Famili:- Palmea....Nama tempatan: KELAPA..... Air kelapa muda yang direbus bersama daun sena boleh diminum sebagai pelawas kencing. Bagi merawat sakit kelamin, air kelapa muda dicampurkan dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis, air kelapa muda direbus dengan akar pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan dini dan digunakan untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelimumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan. KESIMPULAN: Berdasarkan pelbagai kegunaan tumbuhan ubatan pada manusia maka ianya terus digunakan sehingga sekarang sebagai alternatif kepada perubatan moden. Yang pentingnya cara penggunaan harus dikemaskini dan diberitahu kepada pengguna agar hasil yang betul dan maksima didapati. Oleh itu pengunaan tumbuhan ubatan ini harus dikekalkan untuk generasi akan datang.

Sunday, November 9, 2014

KETUAT KELAMIN (GENITAL WART)

Apakah ketuat kelamin!... ketuat kelamin (genital warts, venereal wart atau condyloma acuminata)adalah ketumbuhan kulit yang lembut,lembab dan tidak sakit. Ia adalah ketumbuhan kulit yang berwarna merah jambu, keperangan atau seperti warna kulit. Ketuat kelamin kelihatan seperti kubis bunga (berbiji-biji/berlapis). Ketuat kelamin tumbuh diatas zakar atau kawasan yang berhampiran zakar, kawasan dubur, di bibir faraj dan kadangkala ia muncul di pangkal rahim (saluran berbentuk leher antara uterus dan faraj). Apabila berlaku, gejala yang mungkin timbul termasuklah pendarahan semasa pergerakan usus atau sakit ketika membuang air kecil. Ketuat boleh tumbuh secara sebiji-sebiji atau berkelompok. Kadangkala kelompok ketuat terjadi di sekeliling sehiji ketuat besar. ADAKAH KETUAT KELAMIN PENYAKIT YANG BIASA BERLAKU/TERJADI?. Penyakit ketuat kelamin boleh merebak melalui hubungan seksual. Penyakit ketuat kelamin biasa menjangkiti lelaki dan wanita yang aktif dalam hubungan seksual pada semua peringkat usia, bangsa atau kelas sosial di seluruh dunia. Pesakit ketuat kelamin mudah menjadi murung dan rendah diri serta kurang berminat terhadap hubungan seks. Sekiranya tidak di rawat bagi pesakit wanita risiko mendapat barah pangkal rahim meningkat, sementara pesakit lelaki menghadapi risiko meningkatnya barah prostat. BAGAIMANA KETUAT KELAMIN BOLEH DIJANGKITI?... Penyakit ketuat kelamin disebabkan oleh virus human papillomavirus (HPV). Terdapat banyak jenis HPV dan tidak kesemuanya menyebabkan Ketuat Kelamin. Cara penyebaran virus HPV adalah melalui sentuhan langsung dari kulit ke kulit ketika melakukan hubungan sexs melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah pun dijangkiti penyakit tersebut. Ketuat kelamin adalah mudah berjangkit. Anda mempunyai risiko dijangkiti ketuat kelamin setinggi 60% dengan hanya sekali melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang mengidap ketuat kelamin ini. Jangkitan Ketuat kelamin boleh mengambil masa lama untuk timbul atau disedari. Bagi wanita Ketuat Kelamin mungkin menyerang di kawasan yang tidak kelihatan seperti di dalam faraj dan di pangkal rahim. Tidak semestinya tanpa tanda atau tanpa kehadiran virus HPV Ketuat Kelamin menandakan anda tidak dijangkiti HPV. Penggunaan kondom yang betul boleh mengelakkan jangkitan HPV, tetapi kondom tidak dapat menutupi keseluruhan kulit yang telah dijangkiti Ketuat Kelamin. MENGELAK DARI JANGKITAN KETUAT KELAMIN: Untuk mencegah jangkitan: anda digalakkan mengelak dari melakukan hubungan kelamin sehingga selesai tempoh berubat. Mengamalkan cara yang selamat dengan menggunakan kondom dengan cara yang betul dan menutupi bahagian yang terkena jangkitan. Selain itu penting wanita untuk menjalani pemeriksaan pap smear untuk mengesan sebarang kelainan pada alat kelamin dan organ reproduksi, Pencegahan awal perubahan diperolehi dari ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan barah pangkal rahim. Ketuat Kelamin harus diperiksa oleh doktor. Jangan sekali-kali merawat sendiri ketuat kelamin. Ketuat Kelamin boleh dihilangkan tetapi virus HPV akan kekal didalam badan dan tidak boleh dirawati. Ini menerangkan mengapa Ketuat Kelamin ini boleh menyerang kembali setelah dibuang.

Thursday, October 30, 2014

KEMANDULAN SEKUNDER SEBENARNYA RAMAI...

Bolehkah anda dianggap mandul sedangkan sudah mempunyai anak?. Jawabannya boleh walaupun kebanyakan orang mengaggapnya mustahil. Sebenarnya (menurut pakar) peratus wanita mandul selepas mendapatkan anak lebih tinggi dibandingkan mereka yang belum pernah beranak. Mandul selepas memperolehi anak dinamakan kemandulan sekunder (secondary infertility). Menurut kajian, bagi setiap pasangan yang mengalami masalah tidak mempunyai anak (kemandulan primer atau primary infertility) adalah 10 kes kemandulan sekunder. Kajian Kependudukan dan Kesuburan Malaysia 1984-1985, besar jumlahnya tetapi masalah ini tidak begitu menonjol. Selalunya yang memenuhi klinik pakar perbidanan atau sakit puan ialah golongan mandul primer. Mengapa demikian?. "Mungkin kerana sikap kebanyakan kita yang menganggap 'tidak apa' sebab sesudah mempunyai anak." Kata Dr Mohd Ismail Tambi. Orang yang belum mempunyai anak, sedaya upaya cuba mendapatkannya walaupun seorang. Sebab itu bilangan mereka begitu ramai mendapatkan rawatan dan nasihat doktor. Yang sudah mempunyai anak, memandang remeh soal ini dan jarang berasa bimbang. Mereka juga tidak menyedari bahawa mandul sebenarnya bukan sahaja tidak berupaya mendapat anak langsung, tetapi juga tidak mendapat anak lagi selepas beberapa lama. Menurut Dr Ismail Tambi, tafsiran mandul sebenarnya sama sahaja. "Tafsiran umum mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO): tidak hamil selepas satu atau beberapa anak setelah setahun sedangkan dia tidak mengamalkan sebarang kaedah merancang keluarga dan mempunyai hubungan seks biasa."
Mandul juga bermakna sama ada seorang wanita tidak berupaya mengandung dan melahirkan bayi hidup atau lelaki tidak berupaya menghamilkan wanita. SEBAB-SEBAB KEMANDULAN SEKUNDER:... Lumrah apabila disebut mandul, orang selalu mengaitkannya dengan wanita atau berpendapat bahawa kemandulan lebih banyak berlaku kepada wanita dibanding lelaki. Pendapat ini dak tepat!. Menurut kajian yang disesuaikan daripada penyelidikan dua sarjana Barat, SPEROFF (1983) dan KELLER (1984), peratus kemandulan berpunca daripada lelaki adalah sama dengan wanita iaitu 40peratus. Punca 20 peratus selebihnya tidak diketahui. Secara umum, sebab-sebab berlaku kemandulan sekunder adalah sama kemandulan primer: menurunnya tahap kesuburan dan kerosakan pada anggota reproduksi. Bagaimanapun, kemandulan sekunder juga boleh disebabkan satu punca lagi iaitu kesan-kesan kehamilan lalu. Inilah membezakan kehamilan ini dengan jenis primer.
"Tahap kesuburan amat penting untuk hamil," kata Dr Ismail. "Ia sukar diukur kerana berbeza mengikut keadaan orang tertentu. Tetapi kesuburan boleh menurun disebabkan umur meningkat, tekanan jiwa dan kesihatan terjejas. Ketika muda, tahap kesuburan tinggi dan pengeluaran benih lebih baik". Tiga serjana Barat- MENKEN, TRUSSELL dan LARSEN (1986)- mendapati tahap kesuburan wanita lebih baik sebelum berusia 30an dan menurun ketika mencapai lewat 30an. Masalah ini pula dipengaruhi perkara lain termasuk kekerapan hubungan kelamin dan umur suami. Bagi lelaki, umur mempunyai pengaruh penting keatas kekerapan hubungan kelamin (dan ini menentukan peluang hamil). Tetapi umur tidak mengurangkan kesuburan lelaki melainkan jika mencapai usia tua (melebihi 60). MASTERS dan JOHNSON (1975) pula mendapati hubungan kelamin tidak kerap adalah sebab umum kemandulan. Disebabkan itu, kata Dr Ismail, kekerapan buhungan kelamin yang disyorkan pakar perubatan (jika ingin hamil) ialah tiga kali seminggu atau lebih. " Benih lelaki atau sperma boleh bertahan dalam tubuh wanita tiga hari dan bilangannya pula tidak sama. Telor yang dikeluarkan wanita ketika subur boleh bertahan antara 12 dan 24 jam sahaja dan ini berlalu sebulan sekali iaitu dalam masa pertengahan pusiangan haid," Untuk mengetahui waktu subur wanita, Dr Ismail Tambi mengesyorkan mendapat nasihat pakar terlebih dahulu. Ia boleh dikesan sendiri. "Malah kami memang selalu memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada pesakit mengenai cara mengesannya." Selain dua sebab utama itu, tekanan jiwa dan fikiran juga boleh menyebabkan seseorang mandul. Misalnya tekaan ditempat kerja, dirumah, dengan isteri, anak, ketua di pejabat, rakan-rakan atau keadaan persekitaran. Tekanan ini, selain mengganggu tahap kesuburan, juga menyebabkan hilang minat/ upaya mengadakan hubungan kelamin. Mungkin juga anggota reproduksi tidak boleh berfungsi. Keadaan sama berlaku jika kesihatan terjejas atau menghidap penyakit-penyakit serius seperti darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis. Kata Dr Ismail: " Mandul juga berlaku jika si lelaki mengidap penyakit tuan iaitu penyakit berkaitan anggota kelamin lelaki seperti sakit buah zakar dan angin pasang. Perlu diingat, penyakit disebabkan hubungan seks bebas seperti AIDS dan gonorea juga boleh menyebabkan mandul." Bagi wanita pula, selain sakit puan yang merosakkan organ reproduksi, kesan kehamilan lalu boleh/mungkin menyebabkan kemandulan sekunder. Kesan itu seperti pembedahan atau prosedur yang dilalui ketika hamil atau selepas melahirkan, Ini termasuk juga menggugurkan kandungan atau terpaksa digugurkan kerana sesuatu penyakit. Ketika menjalani pembedahan atau pengguguran, mungkin wanita itu mengalami kerosakan organ tertentu, menyebabkan dia sukar atau tidak boleh hamil lagi. Begitu juga pengamalan selepas melahirkan anak yang biasa dilakukan masyarakat kita. Umpamanya bertungku, bertangas, urut, barut atau berganggang. Malah ada yang merendamkan kemaluannya dalam air rempah atau akar kayu dan ini juga mungkin mengganggu anggota reproduksi atau menyebabkan saluran rahim tersumbat. Bagaimanapun tidak semestinya amalan ini menyebabkan kemandulan sekunder. Ia terpulang kepada cara pengamalan itu dilakukan. Makanan selepas bersalin juga satu faktor kemandulan sekunder. Ada orang terlalu kuat pantang-larang selepas bersalin, ini menyebabkan dia tidak mengambil cukup makanan berkhasiat. Pemakanan pula tidak teratur dan tidak mengikut peraturan betul. Ini boleh menyebabkan tahap kesuburan merendah. Menyusukan anak juga menjadi faktor tidak subur dan keadaan ini dipanggil HYPERPROLAC-TINEMIA. Hormon prolaktin biasanya keluar ketika menyusukan anak dan ini menyekat kesuburan. Bagaimanapun ini adalah perkara semula jadi untuk menjarakkan anak kerana ada jangka masa tertentu penyusuan. PENCEGAHAN: Setiap orang harus mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai faktor kesuburan, kata Dr Ismail. "Umpamanya Umur, Ketika merancang bilangan anak, jangan menunggu terlalu lama untuk menjarakkan mereka, ini kerana semakin umur meningkat, semakin tidak subur, jadi, sewaktu muda, sebaik-baiknya cuba dapatkan anak secepat mungkin." Umur terbaik mendapat anak ialah diantara belasan sehingga awal 20an. Melebihi 30 tahun, peratusnye merendah iaitu kurang 40 peratus. Menjelang 40 pula, ia menurun sehingga 80 peratus. Bayangkan betapa kecilnya peluang untuk hamil. Jesteru,mereka yang berkahwin lambat lebih terdedah kepada masalah kemandulan. Untuk mencegah kemandulan sekunder, setiap pasangan harus mengatur kekerapan hubungan kelamin. Pengetahuan mengenai waktu kesuburan juga penting. Ini boleh diperolehi melalui nasihat pakar perbidanan. " Elakkan tekanan," nasihat Dr Ismail" memang setiap orang tidak dapat membebaskan diri daripada tekanan di persekitarannya. Tetapi sebaik-baiknya cuba jangan terlalu memandangnya sebagai masalah berat atau sukar diatasi. Lebih baik selalu tenangkan fikiran ketika menghadapinya. Selain itu amat penting mengelakkan kerosakan anggota reproduksi. Misalnya ketika memilih cara mencegah kehamilan, dinasihatkan menggunakan cara yang tahap bahayanya lebih rendah seperti pil atau kondom. Penggunaan alat seperti IUD ( INTRAUTERINE DEVICE) mungkin boleh menyebabkan kemandulan (tetapi ini tidak bermakna setiap pengguna IUD mesti mengalami masalah ini). Mereka yang terlalu cergas dalam bidang membabitkan pergerakan badan seperti ahli sukan atau penari profesional juga mungkin mengalami kemandulan. Begitu juga jika kerap berpakaian atau berseluar ketat dan gemar mandi air panas kerana ini mempengaruhi pengeluaran benih. Makanan juga penting mencegah kemandulan. Tabiat pemakanan tidak seimbang, terlalu banyak merokok, minuman keras dan menagih dadah juga menjejaskan pengeluaran benih dan tahap kesuburan. Selain itu, jika terlalu kerap menggugurkan kandungan atau pengguguran itu tidak dibuat secara sempurna, maka peluang menjadi mandul adalah besar. Begitu juga beberapa jenis pembedahan termasuk sesarean dan rawatan perubatan. Maka sekiranya rawatan-rawatan ini diperlukan, seeloknya berbincang terlebih dahulu mengenai kemungkinan-kemungkinan boleh berlaku.

Thursday, October 23, 2014

KAITAN AIR DAN DIABETES

Adakah anda pernah mengalami rasa seperti ingin mati kedahagaan dan rakan anda berkata, " mungkin ada kaitan dengan diabetes?". Bunyi seakan merepek tetapi realitinya, dahaga adalah petanda penyakit ini yang kini giat 'menyerang' rakyat negara ini. Jadi mengapa dahaga berkait dengan diabetes?. Dengan diabetes, lebihan gula atau glukosa dalam tubuh akan menarik air daripada tisu, menyebabkan anda berasa seperti mengalami penyahidratan. Bagi mengatasinya, anda minum banyak air dan lain-lain menuman ringan yang mendorong anda lebih kerap membuang air kecil. Bagaimanapun tidak semestinya rasa dahaga sebegini dikaitkan dengan diabetes. Ia mungkin juga berpunca daripada masalah lain. Jadi pergilah berjumpa doktor. Sekiranya anda disahkan mengidap diabetes, bermakna anda perlu melakukan beberapa perubahan dalam diet. Paling utama menggantikan minuman bergula dengan air kosong. Memandangkan anda kerap merasa dahaga, air kosong merupakan cara terbaik untuk menghilangkan dahaga dan memecahkan glukosa. Selain itu bagi memastikan tubuh berfungsi secara normal, pengambilan air perlu berterusan. Jus dan minuman soda juga mengandungi air dan lazimnya dikira sebagai sebahagian daripada ' peraturan lapan gelas sehari'. Bagaimanapun ia seharusnya dielakkan bagi mengawal peningkatan paras glukosa dalam darah. Di rumah, mungkin anda boleh mengamalkan minuman air kosong tetapi kalau sebaliknya, anda perlu membawa botol air. Namun jika anda lebih gemarkan minuman berperisa (dengan pemanis tiruan), ia sudah dianggap minuman ringan. Untuk itu anda perlu berbincang dengan pakar pemakanan mengenai jumlah yang seharusnya diambil.Lagipun pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan anda menjadi lebih dahaga. 2011- iSIHAT

Friday, October 17, 2014

BERKHATAN: Sebab kosmetik atau kesihatan..

Di Malaysia, berkhatan barangkali bukanlah satu isu, terutamanya di kalangan penganut Islam. Namun situasinya berbeza di Negara Uncle Sam. Ia menjadi perdebatan sejak zaman berzaman. Pada tahun 1971 dan 1975, Akedemi Pediatrik Amerika Syarikat (AAP) berkata berkhatan tidak perlu. Tapi pada tahun 1999, kajian 40 tahun, konstroversi akhirnya terungkap. Selain dari sebab agama ternyata berkhatan punya potensi kesihatan dan juga kosmetik. Pertubuhan Kkesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan berkhatan atau 'circumcision' ialah satunya prosedur kesihatan yang sangat bermanafaat. INFO RINGKAS: * Pada 28 Mac 2007, WHO telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan HIV. Ia berbunyi ' kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Bkhatan juga mula diamalkan di negara yang berisiko tingi dengan jangkitan HIV seperti beberapa buah negara di Benua Afrika'. * Bkhatan mampu mengurankan risiko penyakit kanser terutamanya zakar, prostat serta serviks (pangkal rahim)) dan payu dara kepada wanita. * Bakteria dikenali sebagai Human Papilloma (HPV) adalah antara faktor serangan kanser serviks. Ia biasanya berselindung di bawah hujung kulit zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Kajian menunjukkan sebanyak 20 peratus serangan penyakit kanser boleh dielakkan sekiranya seseorang lelaki itu berkhatan. * Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai suhu yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembab dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran, saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk dikenali sebagai 'smegma'. * Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil. * Dianggarkan 30 peratus lelaki di seluruh dunia berkhatan. Negara seperti Israel berkhatan kerana kepercayaan agama. Di negara seperti AS, United Kingdom dan Kanada, kaum lelaki berkhatan atas faktor kesihatan dan kebersihan. * Berkhatan memberi kesan kepada seksualiti. Sesetengah percaya lelaki yang bersunat akan lebih berupaya memuaskan pasangan kerana kurang berlaku geseran sewaktu hubungan intim. * AS merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan berkhatan tanpa tujuan keagamaan. Sebanyak 3,000 bayi dikhatankan setiap hari atau lebih 55 peratus akan berkhatan sebelum meninggalkan hospital. * Dianggarkan 90 peratus bayi yang dikhatankan bukan berkaitan dengan kepercayaan agama. Namun tiga sebab utama ibu bapa di AS mengkhatankan bayi mereka ialah agama, adat tradisi dan kebersihan. Faktor kurang popular termasuklah tekanan rakan-rakan dan budaya keluarga. * Salah satu risiko tidak berkhatan adalah jangkitan salur kencing. Ia berlaku pada 1:100 bayi lelaki pada tahun pertama kehidupan mereka. Namun nisbah menurun kepada 1:1,000 sekiranya mereka berkhatan. sumber dari: isihat..julai 2010

Monday, October 13, 2014

HEPATITIS B LEBIH MUDAH BERJANGKIT

Jangan culas jika sepanjang kehamilan, anda perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan. Jangan berkira mengenai masa yang perlu diperuntukkan jika terpaksa membuat pelbagai ujian tertentu sepanjang kehamilan itu. Ujian seperti ini bukan saja mengesahkan keadaan kesihatan anda tetapi juga mempengaruhi janin. Misalnya bagi seorang wanita hamil yang dijangkiti virus hepatitis B, wujud risiko ia akan berjangkit pada fetus. Sama ada bayi akan dijangkiti virus, bergantung pada bila jangkitan terjadi. jika jangkitan berlaku pada awal kehamilan, risiko jangkitan kurang daripada 10 peratus untuk bayi mendapat virus. Jika pada akhir kehamilan, risiko itu meningkat hingga 90 peratus. Pakar Perunding Hepotologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Rosmawati Mohamed, berkata hepatitis serius pada bayi hingga boleh mengancam nyawa. Malah, bayi mungkin berisiko alami masalah kesihatan yang lebih serius. Beliau berkata, tanpa rawatan, bayi baru lahir juga berisiko untuk menjadi pembawa. Justeru, bayi boleh menyebarkannya kepada orang lain. Apabila mereka membesar, 25 peratus pembawa berisiko untuk meninggal dunia disebabkan barah hati. " Hepatitis B selalunya tidak mendatangkan masalah ketika kehamilan. Bagaimanapun, virus boleh disebarkan kepada bayi ketika proses kelahiran, sama ada kelahiran itu normal atau pembedahan," katanya. Bayi baru lahir yang tidak menerima vaksin hepatitis B mula menunjukkan simpton jangkitan yang akut dalam tempoh sebulan atau empat bulan selepas dijangkiti. Bagi kebanyakan kes, mereka mula menunjukkan jangkitan antara empat hingga enam bulan. Tidak seperti orang dewasa, bayi yang diserang hepatitis B selalunya kronik. " Oleh itu wanita hamil perlu mengambil ujian hepatitis B. Doktor akan memberi bayi vaksin dalam tempoh sehari selepas dilahirkan," katanya. Secara umum, hepatitis B yang kronik adalah masalah kesihatan global yang serius. Ia berada dalam kedudukan ke 10 penyebab utama kematian. Disebabkan virushepatitis B (HBV) yang menyerang sel hati, hepatitis B kronik boleh menyebabkan parut pada hati (cirrhosis), barah hati, kegagalan hati dan kematian. Justeru, ia menjejaskan kesihatan sekitar 350 juga orang dan bertanggungjawab pada 1.2 juta kematian setiap tahun. Antara 15 hingga 25 peratus mereka yang terjejas secara kronik akan mati disebabkan komplikasi jangkitan HBV seperti cirrhosis dan barah hati. Prof Dr Rosmawati berkata, jika jangkitan berlaku lebih daripada enam bulan, ia dianggap sebagai jangkitan yang kronik dan selalunya akan kekal sepanjang hayat. Ada kalanya pesakit tidak mengalami sebarang simpton tetapi ada yang mengalami joundis, sakit perut, hilang selera makan, muntah dan sakit sendi. Dianggarkan hampir 78 peratus kes hepatitis B yang kronik terjadi di Asia dan dianggarkan 360,000 kematian disebabkan hepatitis B terjadi setiap tahun membabitkan populasi Asia Timur saja. Di Malaysia, kelaziman kadar hepatitis B di kalangan populasinya adalah 5.24 peratus iaitu sekitar 1.3 juga penduduk. " Ramai orang tidak tahu bahawa HBV mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV. Di kawasan ia menjadi endemik, kebanyakan populasinya dijangkiti sejak bayi atau kanak-kanak," katanya. Malah, jangkitan atau pindahan HBV paling kerap terjadi antara ibu dan anak ketika proses bersalin. Ini kerana ibu tidak menyedari dia adalah pembawa atau pesakit hepatitis B yang kronik. Selain itu, HBV juga tersebar melalui pemindahan darah, berkongsi atau menggunakan semula jarum (seperti proses bertatu) atau seks tidak selamat. HBV tidak tersebar melalui minuman atau makanan, berkongsi tandas, menyusukan bayi, berpeluk atau berkucup atau bersin dan batuk. Beliau berkata, kebanyakan mereka yang dijangkiti HBV tidak menunjukkan sebarang simpton. Malah, mereka mungkin mendapati ujian darah untuk fungsi hati adalah normal. Secara umum. HBV tidak menunjukkan simpton yang spesifik dan pesakit tidak menyedari risiko barah hati sehingga ia menyerang pada tahap sangat serius. " Barah hati selalunya membawa kematian kerana ketika barah itu masih pada tahap awal, tiada simpton ditunjukkan. Ini menyebabkan diagnosis barah hati selalunya pada tahap yang lewat," katanya. Berbanding wanita, lelaki lebih kerap diserang barah hati apatah lagi jika memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan masalah yang sama. Lazimnya, barah hati akan terjadi pada usia antara 35 hingga 65 tahun. RAWATAN Mendapatkan vaksin adalah langkah terbaik mencegah hepatitis B. Sebanyak 116 negara melaksanakan program imunisasi HBV manakala hanya 10 peratus saja kanak-kanak sihat yang menerima vaksin ini gagal membina antibodi mencegah HBV. Anda perlu tahu vaksin tidak bermanfaat untuk mereka yang sudah dijangkiti HBV. DI Malaysia, suntikan melindungi daripada HBV sudah dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan sejak 2002. Bagaimanapun, untuk kanak-kanak yang lahir sebelum 2001, mendapatkan vaksin hepatitis B adalah antara agenda yang perlu diberi pertimbangan. Suntikan ini penting kerana kanak-kanak yang dijangkiti HBV selalunya akan berhadapan dengan jangkitan yang kronik. Malah, tanpa vaksin, sebanyak 90 peratus bayi dijangkiti HBV pada tahun pertama kehidupannya. Sementara antara 30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang dijangkiti pada usia antara satu hingga empat tahun juga akan dijangkiti HB kronik. Risiko kematian disebabkan barah hati dianggarkan 25 peratus pada mereka yang dijangkiti HBV kronik ketika kanak-kanak. Ada perbagai vaksin mencegah jangkitan HBV di pasaran, antaranya yang terbaru ialah SEBIVO yang dibangunkan Novartis. FAKTA: BAGAIMANA HBV MEREBAK? HBV lebih mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV Virusnya boleh ditemui dalam darah, air liur, air mani dan cecair vagina. HBV tidak merebak melalui udara, makanan, air, susu ibu, berpelukan, bercium, batuk, bersin atau berkongsi gelas minuman atau makanan. Penyebaran HBV daripada emak kepada anak berlaku ketika bersalin sama ada proses bersalin itu melalui saluran peranakan atau pembedahan. Sebanyak 90 peratus bayi yang dijangkiti ketika lahir jika tidak menerima rawatan akan alami HBV lebih kronik. Kebanyakan warga Asia dan Afrika dijangkiti HBV ketika kanak-kanak atau ketika dilahirkan. Kebanyakan warga Eropah dan Amerika pula dijangkiti HBV ketika remaja menerusi aktiviti seksual dan penggunaan dadah. Lebih dari 2/3 kes HBV tidak menunjukkan sebarang simpton. Kadankala jika simpton muncul, ia selalu disalah tafsir sebagai influenza, demam, letih, sakit sendi, sakit otot, hilang selera makan, pening dan muntah. Berita Harian... selasa. 12/02/2008

Thursday, September 25, 2014

JENIS-JENIS KANSER YANG MENYERANG WANITA

Pencegahan risiko kanser boleh dilakukan dengan tata cara kehidupan dan gaya kesihatan yang seimbang. Perlu diberikan perhatian pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser lebih awal. Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan selanjutnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign). Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak kebahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya. Ketumbuhan yang ganas pula (malignan) akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain. Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar- sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain. Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit,ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum. Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal. PETANDA AWAL. Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaaan pundi kencing dan juga usus besar. Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan atupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara atau bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu. Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara. Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor. Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walaubagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat. KANSER PARU-PARU Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok, Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru. Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk. Pesakit pada kebiasaanya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada,berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara. Selain itu pengidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam. Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudahpun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut. KANSER PAYUDARA Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Keberangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Diantara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2. Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda. Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini. Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mengurangkan risiko kanser ini. Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal. Diantara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara. Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam,bersisik,berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser. Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun keatas. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tau perubahan awal badan. KANSER USUS DAN REKTUM (KANSER KOLOREKTAL) Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaanya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu,ayah,adik-beradik)dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus. Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didagnosis pada peringkat lewat. Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum,darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembong, kejang dan sering kentut atau sendawa) Selain itu selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan. Bagi mereka yang telah melangkaui umur 50 tahun keatas, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun. Walaubagaimanapun ini bergantung pad faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, maka anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga. KANSER KULIT Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit. Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah). Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur. Selain itu perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh. Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari. KANSER OVARI Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkat risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, edometriosis serta pembawa gen abnormal (BRCA1 dan BRCA2) Mereka kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan. Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen. KANSER RAHIM Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun. Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu. Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim. Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid. Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak. Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti: "Biopsi endometrial - pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian. " Pemeriksaan ultrasound - terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium. "Histeroskopi - penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim. KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS) Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin di jalankan untuk kepastian. Contohnya tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim. Anda berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang). Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor. "Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj "Pendarahan abnormal melalui faraj "Pendarahan selepas hubungan kelamin Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos. Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi. KASER FARAJ DAN VULVA Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia kelebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera. Kudis, pembengkakkan yang tidak hilang-hilang. Kegatalan Pendarahan yang abnormal Perubahan pada kulit-kulit di sekitar,seperti perubahan pada tahi lalat. Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi, Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan. Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti: - Tidak merokok atau berhenti merokok _ Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans - Banyakkan makanan berserat tinggi - Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala _ Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari - Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari - Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda - Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas - Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu - Kurangkan pengambilan minuman beralkohol. Sumber: Utusan Oleh Prof. Madya Dr. Shah Rexa ( Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) \

Thursday, August 28, 2014

KENALI KANSER MULUT

Kanser mulut/ulser mulut adalah ketumbuhan tisu dalam mulut yang tidak normal. Pencegahan dan rawatan awal boleh mencegah hilang upaya teruk yang meningkat kualiti hidup pesakit. Kanser mulut selalunya terjadi di lokasi berikut: Lidah Lantai mulut Lapisan dalam pipi Gusi Lelangit Bibir bawah Risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut: Merokok Mengunyah tembakau Mengunyah pinang dengan/tanpa tembakau Minum alkohol yang berlebihan Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan Kekurangan air dalam badan Kekurangan Vitamin C Penyakit kelamin Pesakit mungkin akan mengalami: Kesakitan Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah Rasa kebas pada lidah atau mana-mana bahagian dalam mulut Sukar membuka mulut Komplikasi: Sel kanser boleh merebak ( metastasis)) ke bahagian lain badan Risiko kanser mulut boleh dikurangkan jika pesakit Tidak merokok Tidak minum minuman alkohol Tidak mengunyah tembakau/pinang Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari Lebihkan meminum air kosong lebih dari 3 liter sehari Kurangkan aktiviti seksual bebas Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian Lakukan pemeriksaan mulut sendiri Pemeriksaan mulut sendiri dengan memastikan di kawasan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut. Tarik bibir bawah dan perhatikan kelainan warna atau luka-luka yang ada Kemudian gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengesan benjolan atau kelainan pada bibir. Ulang prosedur ini untuk bibir atas dan sulkus/lurah Tarik pipi menggunakan jari untuk mengesan sebarang benjolan atau tempat yang sakit. Ulang untuk pipi sebelahnya. Periksa juga gusi atas dan sulkus/lurah kedua-dua pipi. Ulang pemeriksaan sekali lagi. Keluarkan lidah dan lihat permukaan atasnya sama ada terdapat kelainan warna tekstur. Dengan perlahan pusingkan lidah ke kiri dan ke kanan dan lihat kelainan warna dan tekstur.Periksa bawah lidah dan lantai mulut dengan mengangkat hujung lidah kelelangi ((palate). Periksa lelangit mulut dengan mendongak kepala ke belakang dan buka mulut dengan luas. Sumber: http://hsmanjung.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=5

Monday, August 25, 2014

BOLEHKAH KANSER PROSTAT DIELAKKAN?

Bercakap tentang kanser, wanita dikaitkan dengan kanser payudara atau pangkal rahim manakala lelaki pula dengan kaser prostat yang dikatakan pembunuh senyap kaum lelaki. Ia merupakan penyakit yang boleh membunuh kedua tertinggi dikalangan lelaki di Amerika Syarikat. Di Malaysia, ia menduduki tangga keenam dalam carta kanser. Lelaki dikatakan kurang kesedaran dan pengetahuan dalam kesihatan berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan. Tahap kesedaran lelaki secara umumnya adalah rendah dan dianggarkan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan. BERIKUT ADALAH FAKTOR-FAKTOR RISIKO DI LUAR KAWALAN. * UMUR: Kanser prostat jarang berlaku kepada lelaki di bawah umur 50 tahun. Walau bagaimanapun, kanser tersebut meningkat secara dramatik selepasperingkat umur itu. * BANGSA: Lelaki Afrika-Amerika lebih cenderung kepada risiko penyakit itu. * GENETIK: Risiko mendapat penyakit ini adalah tinggi jika salah seorang ahli keluarga lelaki anda pernah dan mengidap penyakit ini. Jika anda memiliki ciri-ciri seperti di atas, risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi berbanding lelaki yang tidak memilikinya. Walaupun tidak mempunyai ketiga-tiga faktor risiko tersebut, langkah berjaga-jaga perlulah diambil. Tabiat membuat saringan kanser prostat yang berterusan boleh membantu mengesan kanser prostat awal dan mencegahnya dari merebak ke organ-organ lain. DIET DAN KANSER PROSTAT Cara yang terbaik untuk mengelakkan faktor risiko lain yang boleh dikawal adalah seperti mengambil makanan berzat dan seimbang. * LEMAK: Kurangkan pengambilan makanan dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemaknya. Gantikan daging merah dengan ayam atau bijirin. * SAYURAN: Ini adalah gizi yang selalu disebutkan oleh mana-mana pakar DAN kesihatan. Pengambilan gizi ini dapat membantu dari segi khasiat BUAHAN dan vitamin.Setengah kajian mengaitkan diet yang tinggi kandungan sayurannya dapat mengurangkan risiko kanser prostat. * IKAN: Pemakanan ikan yang kaya dengan asid lemak dapat melindungi dari pada kanser prostat dan juga penyakit lain. Contohnya ikan yang kaya dengan asid lemak ialah ikan salmon. OBSETI Obseti boleh dikaitkan dengan kenaikan hormon berhubung kanser DAN KANSER prostat. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari dapat PROSTAT: mengurangkan risiko kanser.
SUPLEMEN DAN KANSER PROSTAT: Selain itu untuk mengurangkan risiko kanser prostat, pengambilan suplemen seperti berikut boleh dipertimbangkan. * SAW PALMETTO DAN BII LABU: Produk ini telah digunakan dan didapati sangat sesuai dan berkesan. Saw Pametto diambil secara berasingan atau bersama-sama dengan biji labu. NETTLE ROOT atau PYGEUM. Saw Palmetto (Sarena serrulata) adalah pokok sawit yang tumbuh di pinggiran pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling popular dalam rawatan masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat berkesan dalam mengawal pembesaran kelenjar prostat. Saw Palmetto mengandungi sterol, terutamanya betasitosterol yang mampu menghalang enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, dihidrotestosteron (DHT) tidak boleh melekat kepada kelenjar prostat. Sebaliknya ia akan dihancurkan dan kemudiannya dikumuhkan (dibuang) dari dalam badan. DHT Merupakan hormon yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya pembesaran kelenjar prostat (BPH) * Ubat-ubat konvensional seperti Finasteride yang menahan enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, testosterone tidak boleh bertukar kepada DHT. Terazosin dan dexazosin merupakan produk yang dapat membantu merehatkan otot-otot prostat. Ini seterusnya akan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas saluran kencing. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan bahawa pengambilan ubat tradisional dan suplemen lain tanpa arahan doktor boleh membawa risiko. Oleh sebab yang demikian, adalah perlu untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu. PENGUBAHSUAIAN GAYA HIDUP. Pengambilan alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah mengambilnya. Zink sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink 10 kali ganda berbanding organ lain. Zink membantu mengurangkan kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati meningkatkan penukaran hormon testosteron kepaha DHT. Kurang bersenam akan menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar. Ini memberikan kesan yang memudaratkan prostat. Anda digalakkan bersenam mengikut jadual yang ditetapkan- kata-kata kunci di sini adalah bersenam secara konsisten dan bersesuaian dengan tahap kesihatan dan umur anda. Tekanan perasaan boleh menyebabkan perubahan pada hormon badan anda. Ini mungkin mengaktifkan 5-alpha resuctase dan kandungan DHT akan meningkat. Merokok akan menyebabkan pengumpulan toksin radikal bebas di dalam badan. Ia boleh memburukkan lagi keadaan pesakit BPH. Share dari Mingguan Malaysia , 3jun 2007 (artikel dari Dr Sulaiman Tamanang)

Wednesday, August 13, 2014

10 JENIS BAHAN KIMIA YANG PERLU KITA BIMBANGKAN.

Kita sering lupa setiap hari kita melakukan kesilapan tanpa ilmu pengetahuan khusus mengenai penggunaan bahan kimia dengan bahan yang terlarang dalam kehidupan seharian kita. Disini terdapat antara 10 jenis bahan kimia yang boleh merosakan kesihatan dan kehidupan kita. Walaupun kita sering mengabaikan perkara ini dan menganggap enteng. Namun lama kelamaan gejala kelemahan dalam kehidupan kita akan beransur menjadi bertambah parah walaupun dianggap remeh. * PHTHALATES: # Banyak digunakan dalam industri pembuatan plastik dan getah dimana mengandungi phthalates atau polyvinyl klorida. # Data mencatatkan setiap hari bahan kimia ini digunakan untuk menghasilkan sabun pencuci, pengilat lantai, ubat anti peluh, hos tanaman, baju hujan plastik dan semburan rambut. Bahan tambahan plastik biasa seperti phthalates atau garam logam juga boleh mengagalkan usaha kitar semula dan melupuskan plastik PVC, dengan nisbah terlalu tinggi setiap plastik tidak boleh dilupuskan. # Walaupun tiada kajian dilakukan secara khusus ke atas manusia namun kajian klinikal ke atas tikus mendapati bahan kimia ini akan menyebabkan kecacatan kelahiran dan kerosakan hati dan buah pinggang dan menyumbangkan kepada masalah reproduksi (pembiakan) dan penyediaan makanan, terutamanya makanan berlemak panas, PVC juga boleh melumpuhkan bahan kimia seperti adipates dan phthalates, # Beberapa bahan kimia yang biasa dijumpai di salun kuku adalah toluena, formaldehid dan sekumpulan bahan kimia yang dipanggil phthalates * LONG-CHAIN PERFLUORINATED (PFCs) # Digunakan sebagai bahan konduktor haba dalam peralatan elektrik, automotif, tekstil dan dalam sektor industri agroangkasa. # Sehingga kini, bagaimana bahan ini memasuki tubuh manusia masih tidak diketahui namun andainya mengatakan bahan-bahan ini mengandungi racun kepada manusia melalui makanan yang tercemar. # Kajian makmal mengandaikan bahan ini boleh merosakkan hati. * POLYBROMINATED DIPHENYL ETHERS (PBDEs) # Kegunaan bahan ini sama seperti PFCs yang banyak melibatkan penghasilan konduktor elektronik, barangan plastik, perindustrian wayar dan tekstil. # Pendedahan kepada bahan kimia ini mungkin boleh menggangu fungsi otak dan organ pembiakan. * SHORT-CHAIN CHORINATED PARAFFINS (SCCPs) # Lebih banyak digunakan di dalam pembuatan PVC dan bahan pelincir dan industri pembuatan logam. # Kesan boleh menyumbang kepada keracunan tisu tubuh. * ATRAZINE # Setiap tahun lebih kurang 70juta paun racun perosak digunakan dalam industri pertanian terutamanya dalam melindungi jagung daripada serangan serangga. Bahan kimia ini juga ditemui di dalam air dan juga tanah akibat aktiviti pertanian. # Pendedahan kepada Atrazine menggangu kesuburan manusia dan menurunkan penghasilan testosteron. * PERCHLORATE # Digunakan dalam industri agro-angkasa seperti pembuatan roket dan peluru. Bahan kimia ini juga turut ditemui dalam pertunjukkan bunga api dan digunakan sebagai ubat untuk penyakit hipertiroidisme. # Susu, air dan air buangan pertanian adalah sumber utama mendedahkan manusia kepada bahan kimia ini selain menyebabkan hormon tiroid dalam badan berkurang sehingga menyebabkan kecelaruan hormon tubuh. * BENZE # Banyak ditemui di dalam arang batu dan produk berasaskan petroleum. # Manusia biasanya terdedah kepada bahan ini melalui udara kerana sifatnya mudah meruap dalam persekitaran biasa. # Kesan keracunan bahan ini kepada tubuh ialah menyebabkan kerosakan sel otak, tisu lemak dan amat berbahaya kepada wanita mengandung. Pendedahan Benzene pada tahap tinggi boleh menyebabkan lumpuh dan kematian. * ACRYLAMIDE # Dialikasikan dalam perindustrian yang berperanan sebagai agen pengikat industri pembungkusan makanan, kosmetik dan lampin pakai buang serta dalam pembuatan makanan segera. # Manusia juga boleh terdedah kepadanya apabila menghidap rokok atau makan makanan yang di panggang. # Pendedahan berpanjangan bahan kimia Acrylamide menyebabkan masalah kerengsaan mata, kulit dan kesukaran bernafas. * BISPHONAL A (BPA) # Ditemui dalam barangan berunsurkan plastik seperti cermin mata, alat ganti kereta, CD, pembungkus makanan plastik dan mainan kanak-kanak. # Bertindak balas dengan tubuh apabila BPA memasuki tubuh melalui makanan yang tercemar dengannya. # Kesan racun ini menyebabkan gangguan perkembangan otak, organ pembiakan dan penyakit jantung. * METHYL TERT-BUTYL ETHER (MTBE) # Bahan ini berada dalam udara dan apabila bercampur dengan air akan menyebabkan bahan ini memasuki air, # Biasanya terjadi di bandar-bandar yang mempunyai tahap kualiti udara yang tercemar. # Apabila air yang tercemar dengan MTBE terkena pada manusia akan menyebabkan sakit kepala, gatal hidung dan alahan. Artikel dari sumber Majallah iSihat. **************************************

Tuesday, July 15, 2014

4 CARA ELAK MALAS BERSENAM

Rata-rata wanita hari ini menolak untuk melakukan senaman dan senaman pastinya bukan menjadi keutamaan dalam aktiviti harian. Ada cara mudah yang mampu menjadikan ia satu aktiviti baru biarpun hanya hangat-hangat tahi ayam. 4 cara mudah ini pasti membantu. Mana tahu cara ini mendorong anda mengekalkan senaman dan latihan aktiviti ini sepanjang hayat. Kasut baru selesa Anda gemar ber'shopping' bukan? Apa kata kali ini anda pilih kasut sukan yang menepati pilihan anda, cantik dan berwarna warni. Cara ini buat anda lebih bersemangat untuk bersenam. Hentikan Larian Punca utama wanita tidak mahu bersenam adalah kerana terpaksa berlari pantas. Mudah sahaja, tukarkan aktiviti larian ini dengan lompatan mahupun mengangkat beban di gimnasium atau pilih sahaja aerobik dan yoga yang penuh rasa keseronokan. Masa Terbatas Masa salah satu daripadanya. Usah berdolak dalik dengan masa. Atur masa anda sendiri. 10 minit sahaja sudah cukup untuk aktiviti senaman ini. Sebelum keluar menghantar anak ke sekolah atau ketika waktu tengahari bagi wanita bekerja adalah waktu paling sesuai. Tarik nafas perlahan dan lakukan 'sit up' 10 kali. Cukup memadai. Latihan bersama teman Ajak teman anda sama-sama berolahraga atau bererobik. Cara ini lebih meningkatkan semangat bersama.. Lakukan dengan penuh relaks. ************************

Wednesday, July 9, 2014

SIHAT SEMULA JADI (ATASI KESEDIHAN DENGAN SATU PELUKAN)

Kaedah terbaru untuk mengatasi rasa sedih dan sepi ialah dengan memeluk rakan atau pasangan anda. Sentuhan mempunyai kuasa terapeutik ( ia boleh mengurangkan tahap hormon kortisol stres dan merendahkan tekanan darah). Setiap kali anda merasa sedih, sunyi atau hanya ingin melegakan perasaan, peluklah rakan atau pasangan anda untuk mendamaikan semula perasaan tersebut.



Seorang Profesor perlakuan manusia dari Universiti of California, Amerika Syarikat, James Fallon mengatakan tindakan memeluk atau memegang tangan orang yang kita kasihi seeratnya akan menggalakkan pembebasan 'OXYTOCIN' iaitu sejenis hormon yang bertangung jawab mengurangkan stres,meningkatkan fungsi imunisasi, dan meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular seseorang. Tidak susah untuk sihat, peluklah orang yang anda sayangi seeratnya dan genggamlah tangan mereka....

Thursday, June 12, 2014

ANDA DAN KESIHATAN (Pilihlah minuman dengan bijak)

Apabila berasa dahaga minuman apakah yang anda dapatkan?. Badan manusia senantiasa perlukan air dan kita hendaklah meminum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ramai diantara kita yang tidak gemarkan air tawar dan sebaliknya sukan air berperasa seperti manisan buah-buahan dan minuman 'cola'. Memang benar kedua-duanya memberikan air kepada tubuh badan kita. Sebaliknya kita jug perlu memikirkan manfaat lain yang boleh dinikmati sekaligus. Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu memilih dengan bijak di antara meminum 'cola' dan manisan buah-buahan. Apabila hendak melegakan rasa dahaga ada di antara kita yang mementingkan bahan yang boleh memberi kesan yang menghilangkan dahaga. Manakala ada pula mereka yang memilih menuman yang memberi khasiat yang baik untuk menyihatkan badan.Orang yang mementingkan kesihatan akan mendapat manfaat jika ia mengetahui nilai khasiat minuman-minuman yang terdapat dipasaran. Minuman 'cola' berasal dari Amerika Syarikat dan dihasilkan pertama kalinya pada tahun 1886 oleh seorang ahli farmasi, John Pemberton. Minuman ini mengandungi pati kacang kola. Sekarang minuman ini amat digemari dan dihasilkan diserata dunia. Kebanyakan minuman 'cola' ada asasnya tidak mengandungi nilai khasiat melainkan mengalakkan orang meminum lebih banyak air. Seeloknya kita janganlah mengambil terlalu banyak minuman jenis ini kerana ia tidak mengandungi banyak khasiat. Manisan buah-buahan pula di perolehi daripada buah-buahan dengan proses mekanikal. Setelah mengeluarkan sebahagian dari kandungan airnya, ia dijual sebagai manisan pekat. Berlalinan daripada minuman karbonate yang dimaniskan, manisan yang diperolehi daripada buah-buahan segar boleh membekalkan vitamin dan bahan galian. Vitamin C didapati dalam manisan buah-buahan sitrus manakala Vitamin A terdapat dalam manisan buah-buahan yang berwarna merah atau oren. Bahan galian potassium juga terdapat dalam manisan buah-buahan. Jadi, lain kali, jika anda kehausan, dapatkan minuman yang boleh menghilangkan rasa dahaga dan pada masa yang sama membantu menyihatkan tubuh anda. Pilihlah dari berbagai jenis minuman manisan buah-buahan dan kurangkanlah mengambil minuman 'cola'. Kerjasama WYETH INTERNATIONAL LTD. **********************8

Tuesday, June 3, 2014

FAHAMI DAHULU SEBELUM MENUDUH PERKARA YANG BOLEH DIYAKINI KEBERKESANANNYA

Kesihatan, tajuk pemakanan, pekerjaan dan kehamilan menjadi tajuk utama perbincangan mengenai kaum wanita.Pantang larang selepas bersalin,usia kehamilan dan ketegangan, topik utama dan ramai doktor berkata seelok-eloknya wanita beranak pertama sebelum usia 25 tahun.Bagaimanapun usia paling bagus ialah 18 tahun. Bagi wanita kurang 30 tahun jarak kehamilan paling elok dua tahun, manakala selepas usia 30 tahun keatas, wanita diminta jangan melambat-lambatkan hamil atau menjarakkan anak terlalu jauh kerana akan mendedahkan mereka kepada perbagai masalah terutama ketumbuhan dalam rahim. Doktor juga menjangkakan corak hidup dan pemakanan kini banyak mempengaruhi punca penyakit. Kehidupan moden melahirkan banyak penyakit yang dahulu tidak pernah didengar. Ia lazimnya mengambil waktu lama untuk tercetus dan apabila terjadi ia mendadak parah.Ketika dahulu cuma ada penyakit berkaitan kekurangan zat dan kebersihan.Ini kerana corak hidup sudah bertukar dari santai menjadi tegang, dari makanan segar ke makanan proses segera. Dari memasak di atas api bertukar gelombang mikro dari kesegaran alam ke pendingin udara.Bagaimanapun, seorang isteri tidak perlu gusar lagi mengenai penyakit sifilis, gonorea dan Aids,kerana penyakit ini hanya terjadi jika sisuami mereka ada orang ketiga dalam kehidupannya. Jika isteri dijangkiti satu daripada penyakit ini, berpunca dari salah suami mereka. Tidak logik jika sikap doktor yang gemar menyatakan dan mendakwa wanita dalam pantang hanya makan nasi dan ikan masin. Setiap kali menghadiri ceramah wanita dan kesihatan, doktor pasti menasihati...."hentikan amalan makan nasi dengan ikan masin" Hampir semua doktor berkata pantang itu karut, kononnya pengamal tidak makan makanan berkhasiat, sebaliknya hanya nasi, ikan masin dan ikan bilis goreng.Proses pantang ada salah faham mengenainya sehingga timbul tanggapan tidak tepat berkenaan amalan ini. Sebenarnya, pantang bersalin dan sikap cerewet seseorang terhadap makanan punya dua perkara berbeza. Memang benar dalam pantang kita tidak dibenarkan makan makanan sejuk, angin dan gatal tetapi kita tidak dilarang menikmati makanan berkhasiat. Siapa kata orang pantang makan nasi, ikan masin dan ikan bilis goreng saja?...Menu makanan pantang untuk lebih berkhasiat berbanding sekarang.. Tiada makanan proses, tiada cili, sebaliknya semua makanan sama ada direbus, dikukus atau dibakar. Hanya sekali sekala saja bergoreng itu pun menggunakan sama ada minyak zaitun (tiada kolesterol) ataupun bijan (memanaskan badan). Pengalaman ibu yang melahirkan saya dan adik-adik yang lain ada cara penyediaan makanan seperti - Haruan, senangin, bawal putih, tenggiri, selar, parang, kurau dan daging, setelah dua minggu barulah ada ayam. Ini kerana ada alahan kulit dan ditakuti gatal. Sayur - sawi, sayur kucai, lobak putih dan kailan. Hanya apabila setengahnya sudah 30 hari diberikan makan kubis, kacang buncis, kacang panjang dan bayam. Sementelahannya mesti diimbangi dengan menggandakan pengambilan jamu. Banyak makan ulam seperti pegaga, lenggundi, kacang botor (kacang kelisa) dan ulam raja. Epal merah hijau setiap hari dan adakala buah oren. Bila haus minum air akar kayu. Sehari minum lima enam gelas. Semua makanan ini adalah menu orang-orang tua diperturunkan kepada generasi sesebuah keluarga termasuk ibu saya ketika beliau dalam pantang. Adakah makanan ini tidak berkhasiat?....Siapa kata ibu kurang minum air?..Kenapa mesti digembar gemburkan orang dalam hari tidk makan ikan kembung, pari, dan tamban walhal banyak lagi ikan lain boleh dimakan?..Kenapa mesti kita makan kangkung padahal boleh makan boleh makan sayuran lain. Mengapa mesti kita makan betik dan pisang embun jika boleh makan epal, oren, anggur dan durian. Seharusnya Doktor mengkaji apa yang dikatakan makanan dalam pantang dan apa dimaksudkan makanan sejuk, gatal, angin dan panas. Mereka perlu teliti menu pengamal pantang larang.Ini kerana ada yang salah melakukannya. Mungkin anggapan wanita Melayu dalam pantang tidak makan makanan berkhasiat, berdasarkan pengamal salah. Amalan makan nasi bersama ikan masin ketika dalam pantang sebenarnya berkait rapat kedudukan ekonomi dan malas. Kebiasaannya mereka tiada wang untuk membeli ikan dan sesetengah jenis sayur. Sisuami pula malas ke hutan memetik ulam. Manakala pengetahuan mengenai jenis makanan boleh dimakan terhad dan tiada sikap beringat menanamnya. Akhirnya nasi bersama ikan masin menjadi hidangan. (Sebenarnya jika dinikmati, nasi dan ikan masin sedap dimakan ketika panas, cuma bezanya pada waktu biasa ada sambal belacan dan perbagai ulaman). Kenapa 44 hari waktu pantang??. (sebenarnya pantang asal 100 hari) selepas bersalin dianggap penting? Menurut ibu amalan ini persediaan kesihatan hari tua tidak diserang pening, sengal tulang, sakit belakang sebelum waktunya. Juga agar kita sentiasa bertenaga dan berseri selain mengelak berlakunya angin meroyan..Penyakit ini diakui dunia perubatan tetapi hingga sekarang punca ubat belum diketahui. Manakala menurut opah penyakit ini kerana badan sejuk dimasuk terlalu banyak angin yang ada kaitan pemakanan dan penjagaan tidak betul selepas bersalin. sebab itulah opah walaupun sudah melewati usia hampir 80an tidak mengadu sakit pinggang dan sengal badan. Malah beliau boleh memakan makanan apa saja berbanding sesetengah orang baru 50 tahun. Seperkara lagi doktor berpendapat hanya dunia sains betul dan cara tradisional karut. Begitu juga kebesaran surah al-Quran. Pemikiran mereka mengenai perubatan dan penjagaan tradisional tertutup rapat mestinya yang sains itu elok. Adakalanya cara tradisional lebih mujarab. Pada zaman Rasullullah, akar Siti Fatimah direndam menjadi air selusuh memudahkan bersalin. Pendapat seorang doktor apabila ditanya benarkah ikan haruan boleh mempercepatkan luka sembuh?..Beliau pantas menjawab: "Karut, tiada bukti. Itu hanya kepercayaan orang Melayu". Tetapi setelah sains membuktikannya ramai doktor mengakuinya, kesannya ikan haruan sukar didapati dan mahal. Orang Cina mulai menjualnya di restoran, walhal, menurut ibu dahulu haruan berlonggok dan hanya dimakan orang yang bersalin sahaja. Benar kata orang tua-tua, selagi bergelar doktor sebaik manapun penemuan dan amalan tradisional, mereka tidak percaya selagi sains tidak membuktikannya. Begitu juga akar kayu. Dahulu mereka memandang sinis kemujaraban akar kayu. Hanya kini mahu mengkajinya. Malah semakin ramai ahli sains kosmetik Barat kembali menggunakan tumbuh-tumbuhan. Agaknya apabila dunia perubatan mengakui kebaikan akar kayu, pupuslah pokok-pokok ini, hilanglah sumber pendapatan orang yang mencari rezeki di hutan. Kesimpulannya doktor perlu mengkaji lebih mendalam amalan pantang larang selepas bersalin. Disarankan mereka meneliti makanan orang dalam pantang dari hari pertama hingga 44 hari pagi,tengahari dan petang. Siapa makan apa?golongan bagaimana tidak makan makanan berkhasiat waktu ini? berpendapatan rendah menengah atau tinggi? Mengapa? adakah kerana tidak mampu, pantang, sikap diri yang cerewet, kurang berpengetahuan atau kepercayaan yang tidak berasas?.... Bagi saya sebagai ahli pengamal perubatan pantang larang selepas bersalin ada kebaikannya. Yang memburukkannya, ada pihak mengubahsuaikan mengikut kehendak sendiri seperti meninggalkan dan mengada-adakan perkara yang tiada. Umpamanya, tidak boleh makan makanan menjalar seperti kacang panjang kerana ditakuti TOMBONG!!!!(rahim jatuh dari tempatnya) . ***********h/h 3jun 2014

Saturday, May 31, 2014

TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA

Apa Itu Kanser Payudara? Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus. Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. Pengelasan Kanser Payudara Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan. Tanda dan Gejala Kanser Payudara Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun. Peringkat Kanser Payudara Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi). Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara. Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada. Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luarkawasan dada. Kaedah Rawatan Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis(ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik. Sumber dari : http://www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php

NEUROLOGICAL DISORDER OUR CHILDREN

ADHD / Autism / Asperger’s
Has your child been diagnosed with a neurological disorder?
Are you concerned about using controlling medication?

Why are we experiencing this epidemic rise in the unhealthy mental state of our children over the last ten years?
Could our fast food / ready meal world of refined sugar foods be an influencing problem?
Making important nutritional changes will biochemically help correct and support your child’s problem.
Ripe, Raw Fruits and Vegetables every day FREE for up to 3years.
We currently have over 440,000 children on our Child Health Study. By supporting your child nutritionally you can expect to see:
-Academic improvements
-Decreased negative behavior
-Decrease of extreme behavior
-Improvements in communication and social skills
-More concentration and attention in school
-Fewer days missed off school
-Eating more fruits and vegetables
-Drinking more water

HAKIKAT DEMAM DAN MENGUBATI CARA RASULLULLAH

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya? Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya? Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya : "Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila panas demam menimpa seseorang dari kamu sesungguhnya panas demam itu satu potongan dari api neraka maka hendaklah dia memadamkannya dengan air iaitu hendaklah dia mandi di sungai yang mengalir lalu hendaklah menghadap ke arah aliran sungai lalu membaca: (Dengan nama Allah sembuhkanlah hambaMu dan benarkanlah RasulMu). Sesudah solat subuh dan sebelum terbit matahari dan hendaklah dia membenamkan dirinya di dalamnya tiga kali benaman selama tiga hari kalau belum sembuh pada tiga kali maka sembuh pada lima kali maka sembuh pada tujuh kali kalau belum sembuh pada tujuh kali sesungguhnya ia hampir tidak melalui tujuh kali dengan izin Allah". (Sunan At-Tirmidzi Jilid 3. Hadith Nombor 2166)

Thursday, May 22, 2014

KANAK-KANAK TIDAK SUKA MAKAN BANYAK

Kanak-kanak tidak suka makan banyak. Cuba menggunakan dulang ais untuk memuaskan selera mereka dan perbagaikan cara pemakanan yang menyeronokkan, persembahan yang unik. Pastikan untuk mengatasi masalah ini banyakkan  pilihan yang sihat seperti buah beri, kacang, jagung, keju, timun, dan lain-lain Jangan lupa Jus PLUS Gummies buah-buahan / veggie / berry!. susu segar tanpa bahan pengawet.. Insyaallah pasti mereka mengemari cara kepelbagaian ini,










****************** h/h...22/5/14

Wednesday, May 14, 2014

MENGATASI BAYI MENANGIS



Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai bagi dirinya dan anda. 
1. Bedung bayi dan peluk dengan kuat. 
Bayi baru lahir menunjukkan kecenderungan untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim. Jadi anda ­mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan sama ada dia suka dibedung atau sebaliknya.

Ramai ibu dan bapa juga mendapati memeluk bayi rapat, terutama apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan.

Gambar: Kita serupa!



Sesetengah bayi pula mungkin berasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dikendong atau dinyanyikan.


2. Dapatkan ritma yang sekata. 
Di dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda yang juga satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi.

Bagaimanapun, bunyi lain yang teratur dan berulang juga boleh mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian.

Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut yang dapat membuatkan mereka tertidur.

Tapi awas, jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin terbabit.


3. Buai bayi.
 Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan dan anda mungkin dapati bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, sama ada dodoi sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.

Buaian khas bayi atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.


4. Cuba kaedah urutan. 
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya.

Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda.

Bayi yang menghidap kolik kadangkala rasa selesa jika perut mereka digosok dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya sudah mencuba membantu bayi yang cemas.


5. Biarkan dia menghisap sesuatu.
 Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh memberi ketenangan.

“Hisapan selesa” boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, perutnya lebih relaks dan membantu dia bertenang.


6. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada diri anda.
 Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak tekanan dan kebimbangan bagi ibu bapanya.

Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri.

Mereka berasa tidak cekap sebagai ibu bapa yang menyebabkan bayi menangis tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda sudah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis dan anda pula sudah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya, tetapi tidak berhasil, sudah tiba masanya anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak putus asa.

Berikut beberapa cadangan:

• Tarik nafas panjang.

• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa anda mendengar tangisannya.

• Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan tenangkan diri sendiri untuk 10 minit.

• Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda sekejap.

• Cari kumpulan ­sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi yang mana anda boleh berkongsi perasaan dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain mengenai cara untuk menangani tangisan bayi.

• Ingatkan diri anda ­bahawa bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima ­kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuatkan diri anda letih dengan mencari sebab tangisan, menyalahkan diri sendiri atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

• Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.


***********************metro********************

H/H...15/5/2014